Gara-gara berkongsi hantaran foto teh susu Thailand, pelakon, Intan Najuwa mendapat teguran daripada netizen yang memaklumkan minuman tersebut tidak elok untuk diminum ibu hamil kerana mengandungi bahan pewarna.
Mengulas mengenai perkar tersebut, Intan menjelaskan dia terlalu mengidam untuk minum minuman tersebut dan telah pun mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
“Jika anda bertanyakan kepada saya mengenai teh ini, saya cuma nak bagitahu yang saya tak minum setiap masa. Saya hanya minum bila tekak betul-betul rasa nak minum.
“Biarlah saya menikmati fasa mengidam saya sepanjang kehamilan ini. Kadang kala, kita teringin sesuatu yang tak biasa kita makan atau minum.
“Namun, saya sangat berhati-hati dan sudah mendapatkan nasihat doktor dan keluarga. Mereka kata okay kalau pengambilan secara sederhana,” tulisnya di Instagram Stories.
Pada masa sama, pelakon drama Racun Rihanna ini juga memohon semua pihak untuk tidak terlalu risau tentang keadaan dirinya saat ini kerana dia juga amat mementing tahap kesihatannya ketika hamil.
“Saya juga mengamalkan pemakanan sihat. Jadi, kita ubah sikit pun tak mengapalah. Terima kasih kerana ambil berat. Biarlah kami menikmati fasa mengidam.
“Jangan patahkan keterujaan kami. Sebagai bakal ibu, saya juga ada mengambil beberapa makanan tambahan setiap hari. Biarlah kami mengidam benda-benda manis. Boleh tak?,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Intan mendedahkan dirinya turut menerima pelbagai komen dan teguran daripada netizen yang perihatin mengenai keadaannya.
“Lepas ni saya kongsi gambar kucing sahajalah,” akhirinya.
Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi kepada umum yang dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Sekadar informasi, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Ahmad Azraf Azman pada tanggal 18 Ogos 2023.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa