Penyanyi Azhrina Azhar enggan mendedahkan motif sebenar penciptaan lirik yang agak ‘pedas’ dalam single terbaharunya Realiti yang juga merupakan duet bersama Kozae One Nation Emcee.

Menurut Azharina, lirik lagu tersebut sangat dekat dengan kehidupannya dikala jatuh dan bangun.

“Biar Saya Simpan Hingga Liang Lahat,” – Lirik Lagu Tuju Pada Siapa? Ini Jawab Azharina

“Lirik itu memang berkisarkan tentang kehidupan. Cuma saya perlu buat sesuatu kerana lirik asal kurang sesuai bagi pihak saya. Jadi, saya minta kebenaran Kozae untuk ubah lirik.

“Saya tak nak lirik ‘Hatimu yang malam’ kerana ia hanya kiasan sahaja. Saya nak lirik yang lebih tajam. Saya ubah ke ‘Hatimu yang malang’.

“Motif lirik tersebut? Biarlah saya simpan hingga ke liang lahat,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, dia juga mahu lagu tersebut menjadi pembakar semangat selain melawan penindasan di dalam hidup.

Ads

“Biar Saya Simpan Hingga Liang Lahat,” – Lirik Lagu Tuju Pada Siapa? Ini Jawab Azharina

“Walau apapun perkara negatif, jahat dan penderaan mental yang berlaku di dalam hidup saya selama ini, setidaknya saya jadikan ia sesuatu yang positif dalam bentuk lagu.

“Lagu ini sangat berkait rapat dengan saya. Malah, saya juga seorang yang positif.

“Namun, apa sahaja bentuk buli harus dihentikan kerana setiap manusia ada hadnya. Kalau anda bertindak keterlaluan, anda tiada peri kemanusiaan,” ujarnya lagi.

Ads

Ditayanya mengapa dirinya mengambil masa yang agak lama untuk tampil dengan karya terbaharu, Azharina memaklumkan dirinya sangat teliti dalam pemilihan sesebuah karya.

“Biar Saya Simpan Hingga Liang Lahat,” – Lirik Lagu Tuju Pada Siapa? Ini Jawab Azharina

“Banyak material yang saya dapat. Hampir 100 buah lagu juga. Ada lagu yang saya suka dan hampir rakam tapi ada pula hal yang berlaku. Tiba-tiba tak nak bagi lagu pula.

Ads

“Bila saya tak dapat karya yang saya nak, saya menunggu sahaja sehingga Kozae mendengarkan beat Realiti kepada saya.

“Jadi, ini merupakan pertama kali saya berduet untuk lagu hip hop sepanjang 23 tahun bergelar anak seni.

Saya merasakan ini waktu yang sesuai untuk mengembangkan bakat saya seiring peredaran zaman. Saya perlu berevolusi,” akhirinya.

Terdahulu, Realiti merupakan lagu ciptaan komposer Kozae dan Luca Sickta manakala lirik pula turut dibantu oleh Trigga dan Pasha.

‘Realiti’ kini sudah pun dilancarkan diseluruh platform penstriman dan muzik video boleh ditonton disaluran Youtube Sony Music.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI