Menerusi entri terkini pelakon Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, Awin Nurin.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah meluahkan rasa perasaan menerusi entri tersebut.
Izzue akui, dia dan isteri sering menerima kritikan negatif daripada netizen.
“Takpelah b, biarkan orang nak cakap2 kat belakang kita tu. kita teruskan je langkah kita dgn bismillah. Semoga Allah lindungi kita ya, Aminn @awinnurin,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang drama Patahnya Sebelah Sayap itu telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat juga turut memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini.
Terdahulu, Izzue dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejujurnya, Telah Lama Berhajat…,” – Usaha Mulia, Neelofa Tubuh Badan Kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa, Bantu Insan Memerlukan
Usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa hari ini mengumumkan pertubuhan kebajikan pertamanya, Pertubuhan Kasih Neelofa.
Merupakan idea yang telah tercetus beberapa tahun lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.
“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kongsi Neelofa.
Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama.
Menurut Neelofa, 3 teras tersebut adalah teras Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.
“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”.
“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudia cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.
Tambah Neelofa lagi, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan dan cuba untuk membantu semua yang memerlukan.
Melanjutkan bicara, Neelofa menjelaskan, beliau turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakan Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.
“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.
“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban. Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,” katanya lagi.
“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” ujarnya.
Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofadapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.
“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.
“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofaini sebagai platform untuk semua,” tutup Neelofa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ayah Pun Bangga…,” – Aafiyah Jadi Pemain Konsert Piano Paling Muda Umur 4 Tahun, Siti Kongsi Cerita
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia menjadi individu paling gementar apabila anak pertamanya, Siti Aafiyah Khalid melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya.
Meski baru berusia empat tahun, Aafiyah menjadi peserta termuda dan sebagai ibu, Siti tidak dapat lari daripada mempunyai perasaan yang bercampur baur.
“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya).
“Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.
“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tu (Ada gayaa kata Ayah),” kongsinya.
Siti memuat naik sedutan persembahan video anak tersayang di Instagram.
“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.
“Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, peminat dan rakan artis turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan tahniah.
“MasyaAllah, well done Aafiyah,” tulis Rosma.
“Dulu saya main lagu ni pun tak lepas. Sampai ke hari ni tak lepas. Apakah dosa aku pada piano ni. Belajar tak pernah masuk,” seloroh Sharnaaz Ahmad.
“Eyyy geramnya dia tu! Pastu habis perform paut kat lengan cikgu segan-segan. Tahniah budak bijak,” coret Hanis Zalikha.
“Bravo Aafiyah! Ke mana pula tumpahnya kuahkan?,” komen Datin Seri Tiara Jaquelina.
“Paling muda… Bijaknya,” respon Sharifah Shahira pula.
Sehingga kini hantaran berkenaan hampir menerima 100,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Lihat Manusia Beramai -Ramai Masuk Masjid,” – Moga COVID-19 Berakhir Sebelum Raya Haji, Ini Doa PU Amin
Pencetus Ummah (PU) Amin berharap agar wabak koronavirus (COVID-19) dapat berakhir segera.
Hal ini kerana dilihat wabak tersebut semakin serius yang melanda pelosok dunia.
“Rindu tak terkata , rindu bertawaf , rindu melihat manusia beramai ramai masuk ke dalam Masjid tiap kali azan , rindu dengan wangian Tanah Haram.
“Hari ini semuanya dihentikan . Hari ini semua jalan jalan ke Masjidil Haram ditutup . Sunyi sepi Kota Makkah dan Madinah . Besar ujian kali ini buat Ummat Islam . Tapi ada hikmah . Allah Maha Mengetahui.
“Ya Allah aku rindu . Kau angkat musibah ini Ya Allah ! Sedih tak terkata hati ini . Ya Allah segeralah diturunkan penawar buat kami ! Ya Allah cukuplah dengan ujian ini . Ya Allah dengan keberkatan hari jumaat ini kau makbulkan doa doa kami,” tulisnya.
Malah, Amin berdoa agar penularan Covid-19 ini dapat berakhir sebelum tibanya musim Hari Raya Haji bagi umat Islam melakukan ibadah Haji pada Julai ini.
“Ya Allah lembutkan hati manusia yang degil yang masih pentingkan diri berjalan dan keluar sesuka hati ketika wabak ini sedang membunuh ! Ya Allah peliharalah Tanah Haram ini !
“Jika diberi peluang sembuh dari wabak ini , kami tak akan sia siakan peluang ibadat yang kau berikan ! Kami janji Ya Allah!
“Bantulah kami ! Kami merayu , kami merayu Ya Allah ! Kami nak umrah dan haji tahun ini lagi Ya Allah. Ampunkan kami ya Allah ! Ampunkan kami ! Kami tak buat jahat lagi , Kami tak lawan kau lagi Ya Allah ! Kami tak cabar kau lagi Ya Allah ! Kami nak jadi orang baik dan taat Ya Allah ! Makbulkan doa kami Ya Allah!
“Tuhan Ya Maha Mendegar ! Berilah peluang pada kami untuk buktikan ketaatan dan kebaikan kami sebagai hamba Mu Ya Allah !,” doanya.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Sehingga kini, Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 120 kes terbaru menjadikan jumlah keseluruhan, 1030 orang.
Malah, hari ini telah membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang tadi.
Ia sekali gus, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.
Foto: Instagram Pu Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI