Konflik yang berlaku dalam masjid yang dibina pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Serentak dengan berita berkenaan, netizen masing-masing meluahkan rasa sedih serta memberikan dedikasi sokongan buat pasangan berkenaan. Malah, rakan selebriti juga turut meninggalkan reaksi masing-masing, khasnya di Instagram Bella.
Bagaimanapun, perkongsian yang dibuat si bapa, Ag Astillah yang juga merupakan seorang kompser, cukup menyentuh hati. Perkongsian tersebut dibuat terhadap anak sulungnya itu menerusi Instagram, sehari lalu.
“Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang pting jaga ayden dan besarkan dngn baik supaya jadi anak yang soleh aminn @bellaastillah @aydenadrean17,” tulisnya.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden, dua tahun.
Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila viral pula Aliff Aziz apabila foto tidak memakai baju bersama seorang gadis bernama Mell tersebar di laman sosial.
Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff, sehari selapas insiden.
Foto: Instagram Agastillah