Meskipun sudah bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan hubungannya bersama bekas menantu yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana tidak pernah berubah.
Menurut Yusof, Puteri Sarah masih membawa anak-anaknya datang ke rumah untuk meluangkan masa bersama dia dan isteri, Datin Patimah Ismail.
“Saya mengharapkan agar segalanya berjalan dengan baik. Mereka juga sudah berpisah dengan cara yang baik. Itu juga yang melegakan hati isteri saya.
“Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Apapun yang berlaku, hubungan kekeluargaan dan bersama anak-anak jangan pernah terputus. Wang bukanlah segala-galanya.
“Bagi saya, hubungan sesama kita adalah lebih penting daripada wang ringgit. Kita doakan sahaja yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemilik syarikat produksi terkenal , Skop Production ini juga memaklumkan dia dan bekas besan akan sentiasa menjaga hubungan baik walaupun anak-anak sudah tidak lagi bersama.
Ads
“Saya sentiasa mendoakan agar Puteri Sarah berjaya dalam kehidupan. Hubungan kami sekeluarga bersama Puteri Sarah masih seperti biasa.
“Hubungan kami tak pernah terputus dan sesama bekas besan juga tetap sama. Kami sudah bersalaman dan makan bersama tempoh hari.
“Saya pun tak larikan diri daripada besan. Malah, saya selalu telefon untuk bertanya khabar dan keluar minum. Tujuannya untuk tidak memutuskan silaturrahim. Itu yang paling mustahak.
“Kita tak mahu bila anak bercerai, kita tak ambil peduli lagi pasal bekas menantu. Saya tak boleh macam itu,” ujarnya lagi.
Ads
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran mural filem Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada masa sama, Yusof turut memberitahu, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tidak akan menghalang andai Puteri Sarah dipertemukan jodoh dengan lelaki lain selepas ini.
“Datin pun masih sayang dengan Puteri Sarah. Datin pernah berkata kepada saya, kalau Puteri Sarah nak berkahwin, biarlah dia mencari kebahagiaan diri sendiri. Katanya, dia faham perasaan seorang wanita.
Ads
“Ini merupakan takdir yang Allah tentukan. Namun, andai satu masa nanti tuhan izinkan Puteri Sarah dan Syamsul bersatu kembali, saya bersyukur.
“Saya tidak akan menyimpan apa-apa perasaan. Kalau jodoh Puteri Sarah bersama lelaki lain, semoga dia mengecap kebahagiaan. Setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, selepas hampir empat tahu berhadapan konflik rumah tangga, Syamsul akhirnya melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu.
Konflik rumah tangga diantara Syamsul dan Puteri Sarah mendapat sorotan luar biasa apabila pengarah filem Munafik itu mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di selatan Thailand, Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19, pada Isnin.
Sarah yang kini sedang hamil anak keempat meluahkan rasa risau dan bimbang sekiranya ada di antara ahli keluarganya turut dijangkiti wabak berkenaan.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, Sarah dan ahli keluarganya turut menjalani ujian saringan Covid-19 dari rumah.
“Jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yg sarah risau anak-anak n baby dlm perut ni.
“Anak2 sarah sekrng ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni….macam-macam benda sarah fikir kalaulah sarah n suami positif, mcm mana anak-anak.
“Kalau anak2 pulak positif siapa nak jaga diaorng kt pusat kurantin. Minta jauh ya Allah. Kami satu keluarga baru je buat swab test harap2 semua xde apalah.
“Sarah kena kuat, baby dh masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” tulisnya.
Pelakon Ikmal Amry memberitahu dia memilih untuk menyertai program realiti, Maskulin: Who’s Your Bro bagi menepis ‘stereotaip’ dirinya hanya sesuai berlakon watak romeo romantik sahaja.
Ikmal Amri atau nama sebenarnya, Mohd ZulIkmal Amri Ghazali, 30, juga menyifatkan penyertaannya dalam program realiti berkenaan sebagai satu peluang besar untuk menyerlahkan kelebihan dari segi fizikal.
“Ini adalah salah satu sebab terbesar saya masuk dan sepanjang sepuluh tahun dalam industri, mungkin kebanyakan orang tidak nampak yang saya sebenarnya juga boleh pegang watak aksi.
“Jujurnya, tawaran untuk watak lasak juga saya tidak ada. Mungkin sebab ada yang menganggap saya sebagai pelakon lebih sesuai untuk watak romantik semata-mata.
“Jadi apabila ada platform program realiti yang memerlukan kita fokus terhadap kecergasan, saya terus ambil peluang,” katanya kepada MH.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media dan perkenalan barisan peserta program realiti Maskulin : Who’s Your Bro di Bukit Jalil, pada Selasa.
Finalis Hero Remaja 2017 ini menambah, dia cuma mengambil masa tiga bulan untuk melakukan persiapan sebelum menyertai program realiti terbaharu ini.
“Sebenarnya tidak lama, tiga bulan sahaja sebab lepas habis penggambaran, badan saya susut dan berat saya ketika itu cuma 60 Kilogram.
“Saya teruskan rutin kecergasan dan kebetulan dapat tawaran untuk sertai pertandingan ini. Malah saya rasa, keadaan kecergasan fizikal saya juga ideal dan boleh bertanding,” katanya lagi.
Ikmal juga bertuah apabila isterinya, Najla Shamsul menyokong penuh penyertaannya ke Maskulin: Who’s Your Bro.
“Dia menyokong apa-apa yang saya pilih untuk buat. Kemudian, dalam masa tiga bulan berlatih, dia juga yang menyediakan menu makanan diet untuk saya.
“Malah dia jugalah yang akan kejutkan saya bangun pagi untuk joging. Dia seorang yang supportive, termasuk ketika saya ada penggambaran,” katanya.
Tidak mahu terlalu meletakkan harapan untuk bergelar juara, bintang drama From Saga With Love ini hanya mahu mengubah persepsi bahawa dia juga pelakon versatil.
Selain Ikmal, 11 lagi barisan peserta telah pun diumumkan sekaligus akan bersaing selama 10 episod bagi merebut gelaran juara Maskulin : Who’s Your Bro yang pertama.
Program ini bakal bersiaran bermula 29 November depan, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Artis versatil, Alif Satar mendedikasikan lagu nyanyian Tompi berjudul Selalu Denganmu kepada isterinya, Shadila Halid.
Malah, lagu tersebut membawa makna buat pasangan ini kerana ia merupakan lagu kegemaran dan menjadi simbolik lagu video akad nikah.
“Ni lagu favourite bercinta sampai jadi official song video nikah😉 SELALU DENGANMU.. “Oh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini, hanya untukmu.. selalu setia, selama-lamanya…” @shadilahalid ,” tulis Alid sambil menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita tahun ini lebih meriah dengan kehadiran selebriti popular seperti Zur Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza Razak (Bintang...