Bertemakan Glam dengan tagline Yang Legit Yang Legend, Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) tahun ini dihoskan tiga pengacara,  Nabil Ahmad, Neelofa di samping Jihan Muse. 

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa memaklumkan mereka telah menarik diri dari pencalonan anugerah yang dipertandingkan.

“Untuk tahun ini biarlah kami fokus pada hosting sahaja dan beri laluan kepada mereka yang lain,” kata Nabil kepada MH.

Kedua-dua pengacara itu ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur siang tadi bersempena dengan pengumuman pencalonan  TOP 5 AME 2019. 

“Bagi saya, kelebihan yang ada  pada saya ialah dalam bidang hosting kerana ia merupakan perkara utama,” jelas Neelofa. 

IKLAN

Sementara itu, kata Nabil pula, dia tidak mahu orang ramai mempersoalkan pencalonan mereka meski sudah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. 

“MeleTOP adalah sebuah program dan kemudiannya ada anugerah macam ni (AME 2019), jadi hos pun sama setiap minggu seperti program MeleTOP.

IKLAN

“Oleh sebab itu kami tak nak orang lain persoalkan kenapa kita menang anugerah itu,” jelas Nabil lagi. 

“Biarlah Kami…,”- Rupanya Ini Sebab Nabil, Neelofa Sepakat Tarik Diri Dari Pencalonan TOP 5 AME 2019! 

IKLAN

“Kami mahukan sebuah persaingan yang sihat dalam industri hiburan tanah air dan mengurangkan kecaman,” tambah Nabil secara seloroh pada majlis pengumuman calon Top 5 AME2019, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur siang tadi. 

Dalam pada itu, sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan dan membariskan selebriti terkenal tempatan. 

Untuk makluman, AME akan bersiaran secara langsung di Axiata Arena,Bukit Jalil pada 21 April depan. 

https://www.instagram.com/p/BvLwyPQBFCc/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=4yg877f2a54p

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI