Selepas tular pendedahan Naim Daniel mengenai kisah di sebalik lagu Sumpah, desas-desus mengenai gadis misteri dalam lagu tersebut terungkai apabila juara Idola Kecil, Dayana Amerda, membuat pengakuan bahawa gadis yang dimaksudkan itu merupakan dirinya.

Malah, Dayana turut mendakwa lagu Sumpah merupakan hasil ciptaannya bersama Naim yang diterbitkan tanpa kebenaran.

Terbaru, ibunya wanita terbabit, Aida Daud memohon agar isu ini tidak lagi dibicarakan.

Dayana mengambil keputusan untuk delete post dia tadi, dia dah maafkan apa yang jadi dan tak mahu keadaan lagi keruh.

“Harap media jangan nak viralkan tanpa info yang sahih. Saya rumuskan case closed. Saya mohon maaf dan saya maafkan pada yang berbuat salah pada kami. Semoga jadi teladan buat orang yang melihat.

“Jangan cepat percaya dan tabayyun sebelum jatuh hukum. Kita bukan siapa-siapa better diam. Terima kasih semua.”

IKLAN

“Biarlah Mulut Mama Macam Puaka, Tapi…,” – Isu Wanita Di Balik Sumpah, Ibu Dayana Amerda Buka Cerita, Naim Daniel Hubungi Minta Maaf

Naim juga dikatakan telah menghubungi Aida bagi memohon maaf atas kekalutan yang berlaku.

“Alhamdulillah settled. Thanks Naim Daniel call auntie dan minta maaf atas semua yang berlaku. Semoga Allah merahmati kita semua. Aminn.”

IKLAN

“Biarlah Mulut Mama Macam Puaka, Tapi…,” – Isu Wanita Di Balik Sumpah, Ibu Dayana Amerda Buka Cerita, Naim Daniel Hubungi Minta Maaf

Dia juga meminta agar anaknya bertabah atas dugaan yang melanda.

“Tabahlah sayang @dayanaamerda sesungguhnya ujian bg org2 yg beriman.. Redha dan berlapang dada.. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. biarlah mama kena kecam.. Biarlah mulut mama mcm puaka, tp mama menegakkan kebenaran.. biarlah satu dunia nk kecoh.. benar ttp benar.. Alhamdulillah atas cacian.. Terima Kasih.”

IKLAN

Terdahulu, pendedahan Naim Daniel mengenai wanita di sebalik lagu Sumpah telah membangkitkan rasa tidak senang Dayana Amerda yang menyifatkan ia penuh dengan penipuan.

Malah juara Idola Kecil ini turut menyatakan perpisahan yang berlaku kerana Naim sudah mempunyai teman wanita lain ketika itu.

Foto : Instagram Aida Daud

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI