“Biarlah Nakal Sekali Pun, Yang Penting…,” – 2 Tahun Tinggalkan Alam Sekolah, Iman Troye Seru Remaja Hargai Setiap Momen

Share

Penyanyi remaja, Iman Troye mengakui berasa rindu dengan suasana persekolahan meski pun sudah hampir dua tahun dia meninggalkan fasa tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menyeru para remaja untuk menikmati zaman persekolahan mereka sebaiknya agar ia boleh dikenang sampai bila-bila.

 “Rindu nak sekolah. rasa macam nak spm balik, boleh tak? hmm. Nah Iman share sikit gambar masa zaman sekolah. Nikmatilah zaman sekolah korang.

“Biarlah nakal sekali pun, yang penting korang enjoy masa zaman sekolah. Tapi, enjoy enjoy jugak, belajar jangan lupa tau,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Teman ini turut mengakui pendemik Covid-19 ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran terutamanya buat mereka yang sedang dalam persediaan menduduki peperiksaan besar.

Pada masa sama, Iman turut menyarankan agar sesiapa sahaja yang mengalami masalah tekanan emosi pada waktu sukar ini untuk bertemu dengan pakar atau berkongsi masalah mereka bersama ahli keluarga.

“At times like this, apa yang penting dan perlu kita jaga is our mental health. For those who have difficulties, jangan rasa malu. All you got to do is to seek for help and support thru family, friends, or even specialist. Insyallah semua challenges yang datang, ada solution dia.

“Untuk semua form5 pro max, good luck spm and do your best okay! stay safe everyone! me love you!,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut memuji wajah comel Iman sewaktu dialam persekolahan.

Sumber: Instagram Iman Troye

Published by
Aizam Manaf