Pelakon Zara Zya lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah pencintaannya kepada umum.
Mengakui sedang mengenai seseorang lebih enam bulan lalu, bintang berusia 35 tahun ini memilih untuk merahsiakan hal tersebut terlebih dulu di samping memberi fokus sepenuhnya terhadap dunia seni dan bisnes.
“Apa yang boleh saya kongsi, sekarang memang sedang mengenali seseorang, tetapi untuk bercerita mengenai soal kahwin dan perhubungan, setakat ini biarlah ia rahsia.
“Saya mahu fokus pada perkara lain iaitu lakonan dan bisnes. Sebab kalau nak bercakap mengenai hal tersebut, saya sudah beritahu pada semua dan cukuplah setakat itu sahaja.
“Saya tidak mahu jadi macam dulu… Biarlah rahsia dulu. Bukan kata serik untuk berkongsi, sekarang saya lebih selesa begini.
“Rasanya rilekslah dulu, janji orang tahu saya bersama seseorang,” jelasnya yang masih belum mempunyai bayangan untuk berbincang mengenai soal perkahwinan bersama si dia kerana masih terlalu awal.
Ads
Zara ditemui pada majlis pembukaan restoran miliknya, ZaraZyaCooks (ZZC) di Jalan Setia Dagang, Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.
Dia sekali lagi cabar diri dengan melibatkan diri dalam bidang industri food & beverage (F&B) buat kali ketiga.
“Sebelum ini pada fasa PKP saya mulai terfikir apa yang boleh saya buat untuk isi masa di rumah memandangkan ada yang turut cari rezeki dengan masakan. Jadi saya terfikir untuk kembali ke dapur dan lakukan delivery makanan.
Ads
“Ketika bulan puasa, ia sukses dan selepas itu pun ada lagi yang bertanya dan ada yang cadangkan saya untuk buka kedai. Jadi hati tu yang ‘merajuk’, takut untuk aktif balik berniaga makanan sebelum ini mula kembali ada keberanian itu.
“Kali ini yang ketiga selepas dua percubaan, mengapa tidak untuk cuba lagi. Malah, saya rasa masakan ialah kekuatan dan kecintaan saya. Sebelum ini saya ada keluarkan produk lain, semua tak boleh.
“Kalau ada yang seronok lakukan tutorial mekap dan sebagainya, saya bukan sebegitu. Saya seorang suka duduk rumah dan memasak, bagi orang makan. Kali ini saya akan cuba berikan yang sebaik mungkin.
Ads
“Pertaruhkan nama ‘Zara Zya’ itu sendiri. Sebelum ini, ZaraZyaCooks itu hanyalah tanda palang untuk saya letak di Instagram saja,” katanya optimis.
Sementara itu, bintang drama Monalisa itu menyatakan dia mendapat sokongan penuh daripada teman lelaki untuk membuka restoran baharu itu.
“Saya pernah kongsikan sebelum ini, si dia selalu menyokong dan saya gembira. Dia sangat-sangat membantu misalnya dalam memberikan nasihat. Begitu juga dalam kerjaya seni.
“Sudah tentulah kita inginkan seseorang yang menyokong, sentiasa ada di belakang kita. Katanya buatlah yang terbaik, usah putus asa. Kalau ada yang mengecam, jangan terlalu fikirkan mengenai kecaman yang hadir.
“Kita ada ‘team’ yang akan menyokong dan sebagainya,” kata Zara yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama untuk siaran Astro Citra di samping Hairie Safwan, Hasnul Rahmat dan Fazreen Rafi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Diiktiraf sebagai restoran fine dining halal pertama di Malaysia, Casa De Madani ternyata memberikan pelbagai pilihan makanan menarik untuk pelanggan terutamanya daripada kalangan orang Islam.
Terletak di Malakat Mall, Cyberjaya, bersempena bulan mulia Ramadan, Casa De Madani tidak ketinggalan menawarkan buffet Ramadan untuk pengalaman makan menakjubkan buat pelanggan mereka.
Bermula pada harga serendah RM100, berkonsepkan semi buffet, makanan pembuka selera serta pemanis mulut disediakan di ruangan buffet manakala hidangan utama akan disajikan terus ke meja pelanggan.
Tiga hidangan utama yang boleh dipilih ialah sajian istimewa resepi ciptaan Cef Mohd Azizan iaitu Salmon Al Forno, Petto Di Pollo Con Spinaci (dada ayam yang disumbat dengan bayam beserta sos istimewa) dan Filetto Di Manzo Tartufo (steak daging batang pinang yang dihidangkan bersama sos krim oren.)
Selain itu, antara menu menarik yang boleh didapati di sini sepanjang Ramadan ialah Bubur Lambuk, daging salai masak lemak, nasi beriani serta pelbagai pilihan kuih-muih tradisional serta kek sebagai pencuci mulut.
Semi Buffet Ramadan Casa De Madani berlangsung dari 27 Mac hingga 19 April ini, dari jam 6.30 petang hingga 9 malam.
Ruang solat juga disediakan buat tetamu yang hadir. Jadi, tunggu apa lagi, tempah slot anda sekarang!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara muka dikatakan mirip pelakon drama siri popular,Budak Tebing, Eddy Ashraf, nama pemain bola sepak remaja Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul kini menjadi bualan hangat warga net.
Ia susulan, selepas gambarnya ketika menjalani sesi latihan tertutup fasa 1 bersama skuad Lang Merah tular menerusi akaun Facebook FA Kedah pada Rabu.
'BUDAK JITRA' TARIK PERHATIAN BUKAN HANYA PEMINAT BOLASEPAK KETIKA PKPP MALAH PEMINAT DRAMAAlor Setar, Rabu – Peminat…
Menerusi pengendali akaun terbabit, Mohd Aiman yang kini mendapat jolokan nama ‘Budak Jitra’ itu merupakan sorang pemain yang sangat berdisiplin dan berbakat.
Malah, prospek muda itu turut tersenarai antara pemain terbaik negara bawah 19 tahun.
“Selepas hanya beberapa minit foto pemain ini dimuat naik ke ruangan status FA Kedah, ramai peminat memberi sokongan positif dan motivasi buat beliau.
“Setakat ini beliau berdisiplin tinggi dalam menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan antara pemain berbakat dalam bolasepak sahaja sehingga disenaraikan antara pemain Bawah 19 Tahun Malaysia,” tulis pengendali akaun tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah pemain ini saling tak tumpah dengan watak Tongki yang dilakonkan oleh Eddy Ashraf.
Menurut laporan Berita Harian, Aiman dikatakan bakal kekal menyarung jersi Kedah sehingga tahun 2024 dengan klausa pelepasan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sumber: Facebook Kedah FA & Instagram Aiman Afif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lebih 30 tahun tidak mengenakan kebaya, pelakon Liza Abdullah akhirnya ‘terpaksa’ akur tampil berbusana tradisional itu khas untuk pementasan teater Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 15 dan 16 Oktober ini.
Liza atau nama sebenar, Norliza Abdullah berkata di kala usianya yang sudah mencecah 58 tahun dia lebih selesa menggayakan pakaian longgar namun tidak keberatan untuk memakai kebaya demi menjalankan tugasnya sebagai pelakon.
“Saya dalam usia macam ini kalau boleh nak pakai baju longgar sahaja, tapi disebabkan tanggungjawab, kita sarungkan kebaya.
“Siapa tengok teater ini dapatlah tengok saya berkebaya.
“Anak saya tadi pun terkejut sebab tak pernah nampak saya pakai macam ini… selama ini kan berlakon pakai baju longgar-longgar,” katanya kepada MH.
Liza ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam majlis itu juga, para pelakon teater berkenaan turut menunjukkan sebahagian fragmen yang terkandung dalam naskhah tersebut kepada pihak media.
Selain Liza, teater Nyonya yang diarahkan oleh Dr Rosminah Tahir ini turut menampilkan Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil, Eyzendy Aziz, Zera Hariz dan Deera Amin.
Sementara itu, ketika diajak berbicara soal jodoh, pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha itu berkata jika boleh dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Bila kita berada pada usia-usia macam ini, kalau boleh nak elak soalan macam itu (jodoh).
“Soalan itu akan menyinggung banyak pihak,” katanya lagi.
Teater Nyonya yang sudah memasuki edisi kesembilan ini bakal dipersembahkan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50.
Nyonya yang dianjurkan oleh CTRA Production dan A4 Communications ini mengisahkan tentang Nyonya seorang wanita kaya yang harus ‘berperang harga’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barangan antik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...