Pengacara, Iesya Toh baru-baru ini ada berkongsi sedutan pendek video kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan beberapa buah motosikal.
Perkongsian yang dikongsi menerusi Instagram itu antara lain menjelaskan mengenai kerisauan dirinya terhadap penunggang motosikal.
“Allahu akhbar. Saya paling risau kan rider every time nmpak kt jalan. Moga yg terlibat dalam kemalangan ini selamat aamiin.
“Ya Allah selamatkan kite semua dari kemalangan yg mengerikan, biar la saat nyawa kita diambil, anggota badan kita dlm keadaan sempurna aamiin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mendoakan agar individu yang terlibat dalam nahas selamat. Malah, ada peminat yang turut berkongsi pengalaman sedih.
Foto: Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepada Yang Tersinggung, Ampunkan Kami,” – Aepul Roza
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Aepul Roza (@aepul.roza) on
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Insan Biasa, Jujurnya Agak Trauma Apa Yang Berlaku,” – Impak Kelepok Raya, Aliff Syukri Akui Khilaf
“Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku.” Itu reaksi pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri susulan keberadaannya di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya bagi memberi keterangan dan merakamkan percakapan berkaitan klip video muzik yang menimbulkan kontroversi, April lalu.
Aliff berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut perincian pertemuan berkenaan meski akui apa yang berlaku memberikan pengajaran dalam perjalanan kerjaya seni dan bisnesnya selepas ini.
“Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video.
“Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih lagi dalam siasatan dan saya tidak mahu berikan apa-apa kenyataan sebab risau andai tersalah cakap,” katanya.
Hero filem Badang turut memohon maaf dan tidak menafikan naskhah berkenaan dilancarkan sebagai sajian hiburan semata-mata.
“Bagi saya, mereka buat siasatan kerana mereka terima aduan yang terlalu banyak. Daripada pihak saya, saya mohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan lagu atau muzik video berkenaan.
“Niat saya hanya untuk menghiburkan anda sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Aliff pada masa sama akui tidak pernah menjangka lagu raya berkenaan mendapat perhatian ramai pihak hingga mencetuskan isu yang besar.
“Saya tak jangka boleh sampai ke tahap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius.
“Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan Insya-Allah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya lagi.
Terdahulu, video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang dikatakan kurang sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jawapan Saya Radio Akan Sentiasa Ada Dalam Jiwa,” – Dapat Offer Kembali Duduk Di Konti, Fara Fauzana Kena Fikir Dulu
Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa stesen radio yang ingin menggunakan khidmatnya untuk kembali bertugas di konti.
Bagaimanapun, Fara menjelaskan dia terpaksa memikirkan mengenai pelbagai aspek lain sekiranya mahu kembali bergelar penyampai radio sepenuh masa.
“Sebenarnya masih ada. Tawaran sentiasa datang. Cuma persoalan dia sekarang adakah saya mahu kembali kepada rutin radio sepenuh masa atau tidak. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang.
“Kalau anda semua tanya saya adakah saya masih sayangkan dunia radio, jawapan saya radio itu akan sentiasa ada dalam jiwa.
“Malah saya juga masih jadi perunding bagi stesen-stesen radio lain. Saya juga adakan kelas dan juga training untuk para penyampai radio.
“Bila orang tanya tak rindu ke nak join dunia radio balik, saya tak tahu macam mana nak rindu sebab saya masih lagi berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti bersama orang-orang di radio,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, dia juga kini sedang melatih para penyampai terutamanya di stesen-stesen radio kerajaan.
Ketika ditanya mengenai perkara yang paling dirindui sepanjang bergelar penyampai radio terutamanya ketika di bulan Ramadan, Fara mendedahkan ada beberapa momen yang berlaku kepada dirinya yang sehingga kini masih lagi tidak dapat dilupakan.
“Pekara yang paling saya rindu adalah bersahur di dalam konti. Itu yang paling saya nanti-nantikan. Sebelum tidur saya akan pack macam nak pergi kenduri. Padahal nak berbuka dengan suami orang je pun (Faizal Ismail, AG).
“Sepanjang 10 tahun saya bekerja di stesen radio yang terakhir, ada satu kejadian yang tidak boleh saya lupakan apabila saya terpaksa buka puasa pukul 6.30 pagi.
“Ketika itu saya seorang sahaja yang on air. Ketika saya nak mula bertugas, tiba-tiba saya tersedak kemudian saya batuk tanpa henti dan tekak saya jadi terlalu kering.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk minum air. Selepas itu, tiba-tiba elok pula suara saya. Momen itu memang tak dapat saya lupakan,” akhiri Fafau.
Foto: Instagram Fara Fauzana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI