Pelakon, Angeline Tan mengakui dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas mengenakan hijab.
Tetap positif, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
“Saya memang kurang menerima tawaran berlakon selepas bertudung. Issey Fazlisham panggil saya berlakon di dalam drama Perang Nasi Dagang pun kerana suami saya.
“Jadi, untuk tawaran serius berlakon memang belum ada lagi. Saya masih nak berlakon. Mungkin agak susah untuk mereka cari watak sesuai untuk saya.
“Jika dahulu saya banyak berlakon watak berbangsa Cina tapi kini kalau saya berlakon, satu keluarga perlu jadi Cina Muslim,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon, Sabri Yunus itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ yang berlangsung di Restoran Homst, Wangsa Maju pada Isnin.
Ads
Malah, Angeline juga percaya waktu luang ini boleh dimanfaatkan untuk mendalami ilmu agama.
“Mula-mula saya rasa agak janggal juga kerana saya sudah terbiasa sibuk bekerja. Bila tiada tawaran memang pelik sedikit tapi saya okay sahaja.
“Sebagai contoh, TV Al Hijrah tiba-tiba buat rancangan tv untuk saya. Saya anggap mungkin inilah masanya untuk saya belajar perkara baharu. Kalau sibuk, agak susah saya nak pergi kursus.
“Bulan Julai lalu, saya sepatut ada kursus agama dengan MAWIP tapi disebabkan program ini, saya terpaksa tangguh dan tunggu intake baharu.
Ads
“Selepas belajar, mungkin ada lagi program agama yang boleh saya sertai,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga percaya Allah telah menyusun rezeki setiap manusia dengan baik.
“Sepanjang 30 tahun dalam bidang seni, tak pernah sekali pun saya meminta kerja. Walaupun saya berkawan baik dengan suami ketika dia sibuk mengarah, saya tak pernah minta dipanggil berlakon.
“Saya percaya, jika mereka tidak memanggil saya, itu bermakna watak itu tidak sesuai. Saya percaya rezeki. Bukan saya seorang sahaja nak hidup.
Ads
“Rakan-rakan artis juga nak hidup. Itu rezeki mereka dan bukan saya. Kita tak perlu berkecil hati. Ada hari rezeki kita, ada hari rezeki kawan kita,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Angeline turut menyifatkan suaminya merupakan kekuatan buat dirinya untuk terus beristiqomah.
“Kekuatan itu hadir dari suami saya. Ketika saya bersetuju nak menjadi isteri Sabri, saya pernah berkata pada Allah, biarlah saya menjadi seorang isteri yang baik dan betul.
“Saya pernah juga mengeluh panas pakai tudung kepada suami tapi ia sekadar gurauan manja sahaja,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen, Anuar Faizal buat pertama kalinya tampil berkolaborasi dengan Pemenang Malaysia Emerging Artist Awards (MEA) 2019, Faizal Yunus dalam menghasilkan 45 rekaan terbaharu.
Menginspirasikan karya seni Faizal Yunus, Anuar berkata, dia cuba cabar diri menghasilkan rekaan yang menggunakan warna-warna di luar zon selesa serta rekaan yang lebih kontemporari serta menarik.
“Jika sebelum ini saya lebih selesa menggunakan warna emas atau hitam dalam rekaan tetapi kali ini, mengambil inspirasi hasil seni Faizal Yunus, saya mereka busana yang menggunakan warna-warna berdasarkan karya pelukis hebat itu.
“Saya mengambil masa selama dua bulan dan kos penghasilan 45 busana pula sekitar RM20,000. Menariknya, ini kali pertama CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER yang memasuki edisi ketiga tahun ini,” katanya kepada MH.
Mahu memberikan yang terbaik, Anuar pada masa sama tidak menafikan wujud cabaran tersendiri sepanjang proses penghasilan rekaann berkenaan.
“Saya tidak nafikan, cabaran utama ialah kewangan sebab jujurnya ia perlukan kos yang tidak murah untuk ‘print’ fabrik. Lebih-lebih lagi bila kita nak kan warna sebenar muncul pada fabrik.
“Kita ambil gambar daripada lukisan, jadi untuk terjemahkan rona warna yang sama itu bukan mudah. Ada kemungkinan warna itu boleh ‘lari’ atau tidak ‘sharp’.
“Puluh ribu jugalah berhabis… Cuma saya terharu sebab koleksi ini memang untuk dijual secara pre-order. Alhamdulillah, 60 peratus sudah terjual,” katanya lagi.
Anuar ditemui sejurus pertunjukkan koleksi berkenaan di CIMB Fashion Week: Work of Art di Menara Ken, TTDI, baru-baru ini.
Dalam pada itu bagi mencipta kelainan, model-model yang memperagakan busana juga terdiri daripada ‘orang biasa’ yang kebanyakannya tidak pernah berjalan di atas pentas peragaan.
“Model adalah dari mydigitalfashionweek yang terdiri daripada mereka daripada pelbagai bentuk tubuh, usia, budaya dan sebagainya.
“Malah mereka yang terpilih telah dilatih secara intensif selama 5 minggu untuk persediaan minggu Fesyen,” katanya.
Latihan intensif adalah anjuran bersama mydigitalfashionweek (MIDFW) dan Global Empowerment Hub (GEH).
Terdahulu, minggu fesyen tersebut menampilkan tujuh pereka tempatsn terpilih yang disertai oleh tiga barisan pereka dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Feeya Iskandar berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Menurut Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan usia kehamilannya itu sudah mencecah usia 5 bulan.
“Betul org kata diam diam ubi berisi.diam diam cikpiah ngandung lagi wakakakakakakapasti komen ni dihujani ucapan tahniah dan mesti ada yg komen.
“baby pkp lah tu.so? allah nk bagi rezeki kita terima.alhamdulillah..tq @mstaronlineofficial cikpiah baru nk sorok perut sampai 9 bulan hik hik” tulisnya.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada mendedahkan sikap salah seorang anak kembar istimewanya, Muhammad Razil Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azil yang sangat pembersih dan kemas.
Selain itu, pelakon berusia 50 tahun ini menyifatkan Azil sebagai seorang berdikari meski tidak dilahirkan dengan sempurna.
Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa sayang terhadap anak istimewanya itu.
“Assalamualaikum Dinner time for azil .. azil ni pembersih dia mandi sehari 10 kali setiap kali turun ke bawah naik atas bilik dia akan terus mandi ..
“baju dia akan bawak turun sendiri satu bakul ke bawah kadang saya pun pening dia main masuk jer semua baju dalam mesin basuh, jadi kena lah kami pantau asingkan balik baju beearna dan baju putih.
“Saya bila tengok keakraban dua beradik kembar ni .. rasanya perasaan mereka sungguh suci tiada prasangka melainkan saling melengkapi .. kasih sayang yg tidak berbelah bagi .. akan ku jagamu hingga ke Syurga,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!