“Biarlah Saya Nak Post Apa Pun, Sampai Masa Nanti Saya Tunjuk,” – Neelofa Jawab ‘Sindiran’

Share

Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa akui dia dan suami, Haris Ismail atau PU Riz tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaannya setiap kali berkongsi mengenai anaknya, Muhammad Bilal.

Genap usia Bilal enam bulan, Neelofa sebagai ibu mendoakan yang terbaik untuk Bilal, begitu juga dengan anak-anak kecil lain di luar sana.

“Anakku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.

“Moga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah SWT. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafiz ya Muhaimin,” tulisnya.

Menerusi foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa, Bilal yang sedang tidur dengan mata tertutup bantal mencuri perhatian.

Ramai yang memuji fizikal Bilal yang putih gebu, malah rata-ratanya juga menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah penuhnya.

Turut menarik perhatian, Neelofa juga ada memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan, termasuk sindiran seorang pengguna Instagram.

Individu tersebut berikan komen tiada guna untuk berkongsi gambar tetapi seakan-seakan ‘sorok’ muka.

“Baik tak payah post klau (kalau) sorok2 (sorok-sorok) mcm (macam) ni apa maknanya,” tulis komen terbabit disusuli emoji.

Neelofa menjawab; “Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya tunjuk,” balas Neelofa.

Komen berkenaan turut menerima reaksi pelbagai pengguna lainnya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba masa sesuai.

Meski ada yang mengkritik tindakan tersebut memandangkan mereka ialah ‘public figure’, namun ramai yang faham situasi dan sebab tindakan mereka membuat keputusan berkenaan.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH