Walaupun belum sembuh sepenuhnya, pelakon, Fasha Sandha tetap bertegas untuk meneruskan baki penggambaran bagi drama Anak Tuan supaya tidak tertangguh terlalu lama.
Menurut Fasha, dia tidak mahu kecederaannya itu menjadi punca para pelakon dan kru-kru di belakang tabir lambat menerima baki pembayaran.
“Ketika pihak produksi memberi jadual untuk menyambung semula baki penggambaran lagi empat hari, suami saya agak berat hati juga nak izinkan. Keluarga juga risau nak sebab saya belum sembuh sepenuhnya.
“Namun, saya terfikir, kalau saya tak selesaikan tugasan ini, kru-kru dan seluruh pasukan produksi tidak akan dapat bayaran.
“Jadi, tak mengapalah kalau saya bersusah payah sedikit asalkan tak menyekat rezeki orang lain. Saya selalu berfikir, kalau kita mudahkan rezeki orang, InsyaAllah rezeki kita juga akan murah,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini mendedahkan dirinya tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
“Sejak daripada kejadian tersebut, saya asyik fikirkan mengenai shooting. Sepanjang 20 tahun bergelar anak seni, tidak pernah sekali pun sesi penggambaran tertangguh sebab saya.
“Saya tak pernah buat orang lain menunggu. Namun, benda dah jadi. Saya pun tak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana saya percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah,” ulasnya lagi.
Ads
Katanya lagi, meskipun ada perancangan untuk menangguhkan tarikh tayangan, namun dia tetap memikirkan nasib orang lain berbanding dirinya sendiri.
“Pihak penerbit ada merancang untuk untuk meminta pihak stesen tv menangguhkan dahulu tarikh tayangan tapi saya tak sampai hati.
“Kalau saya pilih untuk tangguh, macam mana kru-kru nak dapat baki bayaran lagi 50 peratus.
“Saya memang akan selalu fikirkan orang lain dulu berbanding diri saya. Masa hari kejadian tu pun, saya minta untuk meneruskan penggambaran tapi pengarah tak izinkan sebab keadaan mata sudah tidak sama dengan babak sebelumnya.
Ads
“Saya jadi macam tu sebab nak habiskan penggambaran dengan segera supaya tak menyusahkan banyak pihak,” akhirnya.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan bersama pelakon, Azhan Rani.
“Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Dalam pada itu, drama arahan, Along Kamaludin itu bakal ditayangkan mengikut jadual pada Syawal ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Risteena ada menitipkan ucapan istimewa buat Isa Khan atau nama sebenarnya Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan.
Sambil memuat naik foto keraian, kek hari jadi berupa PlayStation edisi kelima (PS5) kepada suaminya turut menjadi perhatian!
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang baik serta penyayang.
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang pasangan yang sangat hebat. Terima kasih Ya Allah kerana menulis nama Mohamad Fara Aidid sebagai jodoh aku di Lauhul Mahfudz.
“Aku sangat beruntung kerana ada seorang suami yang sangat penyayang dan memberikan aku cinta yang sangat luar biasa. Akan aku jaga hubungan ini hingga ke syurgaMu Ya Allah.
“Suamiku, saya berjanji seumur hidup akan selalu menemani dan menyayangi mu sayang.
Selamat ulang tahun, Ya Qalbi @theisakhan PS5 Birthday Cake by Amazing
@madaboutcake_official,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan dedikasi selamat hari jadi buat pelakon berkenaan.
Malah tak kurang yang mendoakan agar bahtera perkahwinan pasangan selebriti ini kekal buat selamanya.
Anggota kumpulan Indigo, Bad yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) bersyukur selepas menerima sumbangan kerusi roda elektrik berharga RM2,700 daripada Skuad Hijrah Prihatin TV Alhijrah, semalam.
Menurut Bad, 47, atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, kerusi roda menjadi satu keperluan disebabkan keadaan dirinya terutama selepas menjalani prosedur memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis sejak Mac tahun lalu.
“Sejujurnya, saya tak menjangka langsung dapat kerusi roda elektrik ini. Sebabnya saya baru juga bercakap dengan rakan di tempat kerja dan semak harga nak beli kerusi roda ini. Selang beberapa hari dapat panggilan daripada pihak TV Alhijrah dan bertanya apa yang saya perlukan sekarang.
“Selepas artikel keluar di sebuah akhbar Jumaat lalu, mereka sekali lagi menghubungi dan maklumkan nak bagi kerusi roda ini. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi.
“Diakui kerusi roda ini sangat diperlukan sekarang. Sejak saya menggunakan ‘walker’ dari September tahun lalu, ia sebenarnya memudaratkan kaki kanan saya. Setiap kali bangun dan duduk memang sakit dan susah. Jadi, dengan adanya kerusi roda ini memudahkan lagi pergerakan saya di tempat kerja,” katanya.
Bad yang kini bertugas di bahagian kreatif bengkel kereta Reiber Auto turut menambah, buat masa sekarang dia perlu memberi fokus pada kaki kiri selain perlu membersihkan luka di kaki atau ‘dressing’ selang sehari.
“Keadaan kesihatan sekarang, saya sihat, tapi kaki ini kena fokus untuk sembuh cepat. Tapi agak susah juga sebab ada satu lagi lubang belum tertutup.
“Hari itu saya terjatuh di rumah dan banyak darah mengalir dari lubang itu. Salah satu saluran darah di kaki pecah. Sebab itu saya tidak boleh terlalu agresif. Cuma, bila tak agresif, saya pula berasakan diri lemah dan sakit. Sebab itu saya kena juga kerja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek berkata, sumbangan diberikan pada Bad Indigo satu daripada projek Hijrah Prihatin Anak Seni yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.
“Hijrah Prihatin Anak Seni ini satu daripada edisi Hijrah Prihatin sempena Ramadan yang kami jalankan.
“Menerusi program ini, kami tanya kepada anak seni itu apa yang mereka perlukan selain barang dapur. Macam Bad, dia perlukan kerusi roda elektrik dan ‘walker’.
“Selain Bad, kami juga serahkan sumbangan pada pelakon dan penyanyi, Munirah Kadir, Sazali P Ramlee dan Mek Habsah,” katanya.
Setiap orang pasti pandai menulis dan mempunyai tulisan tangan yang tersendiri sama ada cantik atau tidak.
Seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Nepal telah dinobatkan antara tulisan tangan tercantik di dunia.
Pelajar yang bernama Praktiri Malla ini mempunyai tulisan yang sangat cantik dan jika dilihat hanya dengan sekali pandang pasti kita fikir ianya merupakan tulisan yang dicetak daripada komputer.
Sungguh teruja melihat tulisan cantik pelajar ini dan menerusi satu perkongsian di salah sebuah akaun di Facebook, rata-ta netizen turut memuji tulisan tangan milik Malla ini.
Mari kita lihat bagaimana rupa tulisan tangan tercantik di dunia ini.
Lerry David: Bestnya dapat paper student begini..biar pih la 5 lembar karangan dia…..excited membaca….
Mastura Mokhtar: Omg,cntik nya tulisan dia??
Fiq Ameer: wow…memang cntik tulisan tu mau berjam2 untuk menulis..
Abdul Hamid Hamat: Wow…salute..!
Tidak dapat dinafikan, tulisan tangan milik Malla ini sememangnya layak untuk dinobatkan antara tulisan tangan tercantik di dunia.
Adakah anda juga mempunyai tulisan tangan sebegini? Kalau ada mungkin anda juga boleh dinobatkan antara pemilik tulisan tangan tercantik.
Sumber: Facebook
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!