“Biarlah Yang Masih Anak Dara, Umur 25 Ke Atas,” – Wak Doyok Mahu Wanita Lebih Muda Jadi Isteri

Share

Usahawan dan pempengaruh, Wak Doyok menafikan spekulasi yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama penerbit terkenal, Datuk A. Aida.

Menurut Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, A. Aida merupakan individu yang kerap memberikannya tunjuk ajar mengenai selok belok bisnes dan industri seni tempatan.

“Saya dengan dia tiada apa-apa hubungan istimewa. Cuma kami dah berkawan lebih daripada 10 tahun dan saya sudah anggap dia seperti mentor di dalam dunia bisnes dan industri hiburan.

“Kami juga sering berkongsi pengalaman. Saya ada beberapa kali datang ke resort miliknya untuk tujuan promosi bersama rakan-rakan artis lain. Hubungan kami pun dah macam kakak dan adik,” katanya kepada MH.

Bercakap soal pasangan hidup pula, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini mendedahkan dirinya lebih tertarik pada wanita yang lebih muda daripadanya.

“Kita ni lelaki dan harus membuat pilihan terbaik. Saya lebih memilih perempuan yang lebih muda daripada saya. Saya inginkan wanita yang boleh jaga saya ketika saya sakit nanti.

“Kalau boleh, biarlah yang masih berstatus anak dara yang berumur 25 tahun dan keatas. Kalau muda sangat pun susah juga kerana kehidupan mereka masih belum cukup berpengalaman,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Wak Doyok turut memaklumkan dirinya kini sedang dalam fasa mengenali hati budi seseorang.

Katanya lagi, selain daripada memikat hatinya, wanita yang ingin menjadi isterinya harus bersedia untuk menerima ibunya yang kini tinggal bersamanya.

“Kami masih dalam fasa mengenali hati budi. Nak berkahwin ini bukan sahaja fikir keseronokkan hari ini dan esok tetapi sampai akhir hayat. Kita nak pasangan yang boleh jaga kita dan ikatan tersebut terjalin bukan kerana harta.

“Harta boleh dicari. Apa yang penting, dia boleh jaga makan minum saya dan ibu saya. Saya anak terakhir yang memegang tanggungjawab menjaga ibu.

“Kalau tak dapat restu ibu, nanti saya juga tersepit di tengah-tengah. Jadi, keutamaan saya adalah restu ibu. Soal pasangan, kita boleh cari lain tapi syurga tetap pada ibu saya,” akhirinya.

Terdahulu, selain sibuk di dalam bisnes, Wak Doyok memaklumkan dirinya juga kini aktif menjalan kerja-kerja amal bersama badan kebajikan, Bakti Kasih Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Wak Doyok

Published by
Aizam Manaf