Pelakon, penyanyi dan model terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara untuk turut serta dalam Pemilihan Umum (PEMILU).
Biar pun berada jauh di New York, Amerika Syarikat, wanita kacukan Jerman-Indonesia itu mahu menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju negara tercinta.
Berkongsi momen indah tersebut di laman Instagramnya, Cinta Laura yang hadir ke pusat pengundian terilhat anggun menggayakan baju lengan panjang rona hitam dan digandingkan bersama skirt jeans labuh.
Melengkapkan gaya keseluruhan rambutnya disanggul ringkas dan wajahnya dirias cantik.
Ads
Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat. Dia meninggal kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.
“Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya. Hantaran tersebut sehingga kini memperoleh lebih 94 ribu tanda suka.
Ads
Sekadar informasi, proses pengundian sempena PEMILU 2024 dilaksanakan lebih awal untuk warganegara Indonesia yang tinggal di luar negara. Di Indonesia, proses pengundian akan berlangsung pada 14 Februari akan datang.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu hari raya ‘evergreen’, yang pernah dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid berjudul Seloka Hari Raya.
Lagu yang kekal malar segar setiap kali tibanya Syawal itu disusun semula oleh Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup.
Mengulas pemilihan lagu itu, Fattah mengakui keistimewaan serta aura yang ada pada lagu itu membuatkan dia dan Fazura berminat merakamkannya semula mengikut cara merekayang tersendiri.
“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai. Justeru apabila pihak label, Univeral Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju.
“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan,” kata Fattah.
Sementara isterinya pula menyifatkan ia sebagai satu terjemahan penghargaan mereka kepada penciptadan penyanyi asal lagu tersebut.
“Sebelum itu, ada juga cadangan yang mahukan kami merakamkan lagu baharu tapi bila ada usul seperti ini, kami terima sahaja tawaran itu kerana secara tidak langsung kita meraikan lagu lama yang kita tahu mempunyai ramai peminat,” ujarnya yang kini sedang hamil cahaya pertama mereka.
Bercerita mengenai pengalaman merakamkan lagu itu pula, penyanyi Sayangi Dirimu ini berkata dia dan Fattah merakamkan lagu itu secara berasingan.
“Lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio namun dibuat secara berasingan kerana Fattah pada masa itu sibuk kerana terbabit dalam penggambaran drama.
“Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia juga adalah satu hadiah buat mereka yang menantikan sebuah lagu duet Hari Raya daripada kami,” harapnya optimis.
Lebih menarik, muzik video lagu ini menyaksikan wajah Fattah dan Nur Fazura diabadikan dalam bentuk animasi.
“Pelaksanaan PKP membuatkan penggambaran muzik video ini terpaksa dibatalkan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri tampil dengan idea iaitu kami akan muncul dalam muzik video itudalam bentuk animasi.
“Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea kami berdua,” ujarnya lagi.
Memandangkan negara masih lagi melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), urusan promosi lagu ini akan dibuat menerusi media sosial dan juga virtual, termasuk sesi ramah mesra yang juga dilakukan secara atas talian.
Lagu Seloka Hari Raya sudah boleh didapati di semua pelantar digital sejak 15 Mei 2020 lalu.
Sementara itu, rata-rata peminat memberikan maklum balas baik terhadap muzik video yang sudah pun mendapat hampir 10,000 kali tontonan ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau tengok artis Hollywood memang banyak ragam dan drama kan? Tak cukup itu, berita kecurangan pasangan selebriti sentiasa ada di mana-mana, lalu mencetuskan viral!
Senang cerita, sampai tak terkejar MH dibuatnya. Saban hari ada sahaja berita selebriti yang kantoi curang melibatkan selebriti Hollywood.
Apa-apapun, MH sangat ‘respect’ dengan pasangan selebriti yang boleh berbaik walaupun berita kecurangan pasangan mereka diketahui dan diakui pasangan.
MH ingin berkongsi 5 pasangan selebriti yang kekal dengan pasangan mereka walaupun dah kantoi curang. Setia sungguh…
Kylie Jenner dan Travis Scott
Kecoh apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Travis curang dengan Kylie semasa dia sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Namun, Travis menafikan perkara tersebut dan tentunya, Kylie ‘back up’ kekasihnya itu.
Khloe Kardashian dan Tristan Thompson
Saat Khloe sedang mengandungkan anak pertama mereka, dia berdepan dengan skandal curang Tristan membuatkan pasangan itu mengambil masa untuk diri masig-masing. Namun, Khloe kemudiannya memberi peluang kedua buat Tristan dan kini pasangan itu kelihatan bahagia.
Kristen Stewart dan Robert Pattinson
Pasangan ini pernah dipuja oleh para peminat terutamanya mereka yang meminat diri Twilight.
Namun, Kristen kemudiannya kantoi apabila curang dengan pengarah sewaktu berlakon dalam filem Snow White And The Huntsman. Bagaimanapun, pasangan itu meneruskan hubungan merek selama setahun sebelum putus pada tahun 2013.
Kristen kini mengakui dirinya sebagai biseksual dan mempunyai seorang teman wanita.
4.Fergie dan Josh Duhamel
Penyanyi lagu London Bridge dan pelakon filem Transformer ini berkahwin pada 2009. Sembilan bulan selepas itu Josh kantoi curang dengan seorang penari eksotik namun mereka meneruska perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, pasangan itu berpisah pada tahun 2017.
Beyonce dan Jay Z
Siapa sangka di sebali kebahagian yang ditunjukkan oleh pasangan ini sebenarnya terselit kisah duka.
Sepanjang berkahwin, Jay Z pernah terpalit dengan beberapa wanita dipercayai ada skandal dengan rapper tersebut namun itu semua hanyalah khabar angin.
Bagaimanapun, dalam satu temu bual tahun lalu, Jay Z mengeluarkan kenyataan mengiyakan skandal-skandal tersebut.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, mendedahkan situasi tersebut tidak mengejutkannya, namun dia melihatnya sebagai ketentuan Allah dalam memperlihatkan kebenaran.
“Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.
“Saya fikir positif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya,” katanya ketika ditemui sejurus acara pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.
Dalam masa sama, Che Ta mendedahkan dia sudah bebas hutang kecuali pinjaman perumahan.
“Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan).
“Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu,” katanya.
Mengulas mengenai keputusannya untuk berdiam diri sejak isu berkaitan menjadi perbualan hangat, Che Ta menjelaskan kematangan mengajarnya cara terbaik untuk menangani setiap perkara.
“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.
“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.
“Apabila berhadapan dengan benda begini, Mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini.
“Saya hanya mampu cakap, setiap masalah akan ada masa untuk dia berakhir.
“Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada,” katanya lagi.
Terdahulu pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Bagaimanapun aktres itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!