Bapa Hidap Tumor Paru-Paru, Asfan Shah Mohon Doa; “Bukan Mudah, Sungguh.”

Share

Penyanyi, Asfan Shah memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesihatan bapanya yang kini telah disahkan mengidap penyakit tumor paru-paru.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Asfan menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Tolong doakan untuk Abah saya. Lung tumor. Dengan berkat Nabi SAW semoga Allah kekalkan Abah sihat InsyaAllah.

“Semoga doa doa kalian dibalas balik dgn keberkatan dan sejuta kebaikan. InsyaAllah,” tulisnya.

Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu Sumpah Cintaku ini lagi, bapanya kini telah dinasihatkan untuk berehat dan tidak lagi melakukan kerja-kerja berat.

Katanya lagi, dia juga akan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga keluarganya selepas ini.

“Bismillah. Bukan mudah. Sungguh. Biasa kita lihat dia ligat bekerja. Ke sana ke sini melayan kerenah keluarga. Harini abah duduk dan rehat sahaja lah. 38 tahun abah khidmat untuk Apan.

“Bertahun tahun Abah khidmat nak membesarkan kami sekeluarga. Kalini bagi lah kami khidmat untuk abah dan mama pula,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga bapa Asfan akan segera diberikan kesembuhan.

“Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

“Semoga Allah angkat sakit abah. Sayang abah.

“Semoga pakcik segera sembuh dan kembali cergas.

“Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arsy yang agung. Semoga Dia menyembuhkanmu Abah. We love you,” antara komen-komen di Instagram.

Apapun, kami di MH mendoakan semoga Asfan sekeluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Asfan Shah

Published by
Aizam Manaf