Usahawan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM meminta ramai supaya tidak perlu bimbang di dalam menggunakan produk keluarannya.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram, Kak KM bagaimanapun turut mendedahkan, situasi yang berlaku seolah-olah perkara lumrah apabila ada pihak yang didakwa mulai rasa iri apabila perniagaannya mulai sukses.
“Tak payah nak risau, nak bagitahu dekat sini, semua produk kak KM ada kelulusan. Tak payah nak takut, tanpa was-was lagi nak pakai apa pun.
“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh kalahkan kau lagi, mulalah datang pengkhianat.
“Datang orang yang dengki dekat kau, datanglah babi-babi hamlau, biasa. Tapi kita rilek lah kita tak buat salah apa dengan kau.
“Itu kes dah lama yang baru sekarang nak kemukankan tapi tak apalah macam mana pun kita hadap sahaja, lagipun benda dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu menerusi posting terdahulu, Kak KM turut mengesahkan mengenai kehadirannya di mahkamah beberapa hari lalu.
“Sabarlah… Sabar, yang kena dakwa aku bukan korang. Terima kasih yang prihatin dekat Kak KM, yang kesian, yang tanya sama ada betul atau tidak pada tadi saya dekat mahkamah.
“Betul tak salah orang lagi, macam ni paparazzi ambil gambar aku, seronok tapi aku pun keliru tadi nak buat ‘peace’ ke buat apa tak tahu sebab kita tak bersalah.
“Yang pasti bukan Sweet Dara, bukan jamu kak KM yang punya fasal ni, yang punya fasal adalah produk Kak KM yang lagi satu, hal-hal fasal lambat keluar kelulusan KKM.
“Benda tu tak ada apa dah selesai syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, memang dipermudahkan,” katanya lagi.
Terdahulu pada Isnin lalu, berita mengenai anak seorang pelakon dan juga seorang Instafamous didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan mulai diperkatakan ramai.