“Biasanya Dunia Kosmetik Untuk Perempuan Je, Tak Kan Ko Nak Pakai Mekap…,” – Zoey Rahman Cerita Pernah Diketawakan Kawan

Share

Pelakon Zoey Rahman mengenang kisahnya ketika awal-awal mahu mengorak langkah dalam dunia perniagaan menerusi jenama kosmetik sendiri, Mika Series sekitar empat tahun lalu.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman mendedahkan, dia menempuhi banyak halangan serta dugaan ketika ingin mula menceburi bidang perniagaan, termasuk sindiran dari kenalan.

“Ini kisah aku! Sy mula buat business @mikaseries pd tahun 2017/18, banyak halangan & dugaan telah saya tempuhi.

“Mula-mula kawan2 gelakan sy, betul ke Ko nak buat business cosmetic ni, Biasanya dunia cosmetic kan Untuk perempuan je, tak kan Ko nak pakai meke-up Untuk promote? Boleh kaya ke buat cosmetic ni?

“Biasanya cosmetic ni kaya kejap je, pas 2-5 tahun mesti akan drop balik, Betul ke Ko nak kluar kat @watsonsmy, Watsons terima ke product local mcm ni?

“Mampu ke product melayu boleh bersaing dengan brand international lain, Nak2 lagi dengan pandemic covid 19, kemudian diorg senyum sinis, seolah2 memperlekehkan semangat sy,” tulisnya.

Pun demikian, Zoey tidak berputus asa dan tetap meneruskan impian serta cita-citanya selain percaya dengan rezeki.

“Namun saya yakin, rezeki Allah Itu di mana2 je selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yg ada, sy percaya Kalau kita ikhlas dan berikan yg terbaik Untuk customer kita, dari segi quality & service, sy yakin customers akan cari kita balik, percayalah.

“Untuk berjaya Kita harus pekak & buta, buta dengan halangan di hadapan & pekak dengan kata2 cacian. Dari mana kita berasal Itu tidak penting, yang penting kemana langkah kita seterusnya Untuk mencapai kejayaan. Saya doakan semoga business korang majujaya,” tulis lagi.

 Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Zoey Rahman

Published by
Nazar Rafiqhi