Pelawak dan penyampai radio, Rahim menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Kolin Abdullah yang ke-44.

Dalam ucapan tersebut, Rahim menyifatkan isterinya itu seperti bidadari yang melengkapi kehidupannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahim Raja Lawak (@rahimr2)

“Semalam tidur mimpi jumpa bidadari. Bangun pagi nampak kamu di sebelah.

“Tersenyum lebar bukan kerana teringat mimpi malam tadi tapi menyedari bertemu bidadari bukan lagi dalam mimpi tapi kini realiti,” tulisnya.

Ucapan penuh makna itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Sepahtu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Bidadari Bukan Lagi Dalam Mimpi Tapi Realiti,”- Manisnya Ucapan Rahim Sepahtu Sempena Hari Lahir Isteri

Ads

Katanya lagi, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa berada di sisinya sehingga hari ini.

“Kamu adalah doaku yang terkabul, harapanku yang terpenuhi, impianku yang tercapai. Selamat ulang tahun kelahiran sayang,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah turut meluahkan rasa terharu selepas mendengar dedikasi ucapan daripada Rahim sewaktu ke udara di stesen radio Sinar FM pagi tadi.


“Alhamdulillah. Ucapan paling indah dari orang yg paling bermakna dalam hidupku. Terima kasih abang sebab tak pernah jemu-jemu gembirakan saya.

Ads

“Saya tak reti nak bermadah cuma saya nak cakap, terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan ayah kepada kami semua.

“Walaupun bini abang yang ini memang ada ‘short’ sikit tapi abang tetap sabar.

“Tadi mula-mula dengar ucapan ni memamg tersentuh tapi bila hujung-hujung tu part main sapu je tu terus berdekak

“Korang memg best la. Terima kasih Jep Angah dan Sinar FM,” kongsinya di Instagram.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan romantis Rahim selain turut mendoakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Bidadari Bukan Lagi Dalam Mimpi Tapi Realiti,”- Manisnya Ucapan Rahim Sepahtu Sempena Hari Lahir Isteri

Sekadar informasi, Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Koli. dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Hasil perkahwinan dengan Kolin, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI