Youtuber, Bidin Al Zaifa teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah, Pierre Andre di dalam filem seram terbaharu berjudul Dajal.

Menggalas watak utama, Bidin akui dia turut berpuas hati dengan kualiti lakonannya selepas banyak menimba ilmu dan tunjuk ajar bersama Pierre.

Bidin Al Zaifa Dedah ‘Diganggu’ Waktu Shooting Filem Dajal – “Terdengar Bunyi Orang Mandi, Padahal…”

“Satu pengalaman menyeronokkan dan mencabar. Bila masuk ke set dan bekerja dengan pengarah yang ada pengalaman 20 tahun dalam industri, dia tidak mengarah tetapi mengajar.

“Ketika di lokasi juga, saya ingatkan apa yang saya ‘deliver’ itu hanyalah 75 peratus hingga 80 peratus sahaja tetapi bila saya tonton hasil akhir filem ini, saya sangat berpuas hati.

“Rasa bangga dengan diri sendiri dan hasil akhir filem ini. Ia adalah kerjasama berpasukan,” katanya kepada MH.

Ads

Pemilik saluran Youtube Waknat TV itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal, baru-baru ini.

Ada Gangguan Di Homestay

Dalam pada itu, Bidin mendedahkan dia turut berdepan pengalaman seram sewaktu menjalani penggambaran naskhah berkenaan.

Bidin Al Zaifa Dedah ‘Diganggu’ Waktu Shooting Filem Dajal – “Terdengar Bunyi Orang Mandi, Padahal…” Bidin Al Zaifa Dedah ‘Diganggu’ Waktu Shooting Filem Dajal – “Terdengar Bunyi Orang Mandi, Padahal…”

“Saya sebenarnya sudah persiapkan mental untuk situasi seperti ini. Saya seakan diganggu ketika di rumah penginapan kami di Bukit Fraser. Saya dan Amir Nafis diberikan bilik berasingan.

Ads

“Ketika itu, Amir sudah pulang ke Kuala Lumpur dan saya masih jalani penggambaran. Bila penggambaran selesai jam 5 pagi, saya pulang ke bilik dan mandi sebelum tidur.

“Kemudian, saya terdengar bunyi orang mandi di bilik sebelah padahal Amir sudah balik. Bila saya tak layan, dia main pintu pula. Saya pasang earphone dan terus main game sampai tidur.

“Ketika melakonan adegan ritual memuja syaitan pula, saya nampak rama-rama sebesar tingkap,” kongsinya.

Ads

Beza Shooting Youtube & Filem

Ditanya mengenai perbezaan menjalani penggambaran Youtube dan filem, Bidin memaklumkan dirinya terbuka untuk menghormati kehendak pengarah.

Bidin Al Zaifa Dedah ‘Diganggu’ Waktu Shooting Filem Dajal – “Terdengar Bunyi Orang Mandi, Padahal…”

“Kalau di Youtube, itu cerita saya. Yang ini adalah cerita Pierre. Dia yang menelefon saya untuk berlakon. Takkan di set saya nak langgar dia pula. Kita mesti kena hormat pengarah,” akhirinya.

Terdahulu, filem Dajal yang diarahkan oleh Pierre Andre ini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Februari.

Selain Bidin, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Nafis, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan Hanna Halim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI