
Program realiti Big Stage Alpha tampil bersama edisi segar daripada siri realiti popular Big Stage dengan membawa konsep baharu dalam format pertandingan berasaskan satu jantina.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, program ini diinspirasikan daripada fenomena ‘idol survival’ yang semakin mendapat tempat di hati peminat hiburan antarabangsa.
“Diinspirasikan daripada aliran program-program realiti terbesar di Asia, program ini menggabungkan pertandingan nyanyian berintensiti tinggi, naratif penuh emosi dan kuasa fandom.
“Ia sekali gus meraikan bakat tempatan dalam sebuah platform produksi tempatan bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Tambah Norzeha lagi, Big Stage Alpha diharap dapat mencorak transformasi para peserta bukan sahaja melalui usaha mereka sendiri, tetapi juga menerusi bimbingan barisan pakar profesional dari dalam dan luar negara.
“Kami percaya inisiatif ini akan membuka ruang baharu dalam industri hiburan dan dengan penuh keterujaan, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan peserta Big Stage Alpha dalam menawan pentas dunia,” katanya lagi.
18 Peserta Lelaki Rebut Peluang Debut
Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menyenaraikan 18 bintang lelaki berusia antara 18 hingga 37 tahun untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada kumpulan lelaki pertama yang dicari-cari.
Pemenang akan ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat dan ini senarai penuh peserta Big Stage Alpha;
- Afiq Sky
- Alif Azri
- Allan Anderson
- Ariel Fesol
- Ashmirul
- Araff
- Que
- Qarl G
- Daniel Sher
- Ray-D
- Apich Lo
- Ridhwan Azman
- Awienit
- Suff Ahmed
- Syafeek Ikhwan
- Izat Ibrahim
- Rizal Rasid
- Shaqeen
Para peserta ini berasal daripada pelbagai latar belakang termasuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, sekali gus menjanjikan kepelbagaian persembahan dan pengalaman muzik yang menarik.
Barisan Juri & Hos Mantap
Setiap minggu, peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema mingguan yang ditetapkan.
Kesemua peserta akan dinilai oleh barisan juri profesional terdiri daripada Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua figura berkarisma, Elly Mazlein dan bintang dari Indonesia, Rina Nose, akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos utama.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104)serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI