Keterujaan pelakon Nora Danish gembira melihat telatah anak, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia satu tahun enam bulan sudah bijak mengenal setiap abjad dan nombor.

Kisahnya, juri Muzikal Lawak Superstar itu dilihat mengajukan soalan seperti yang ditulisnya,lalu dijawab Neqayl atau mesra disapa Neyney dengan tepat dan pantas.

“Good job sayang booboo, we are so proud of u.

“His fav channels on Untube are the alphabet & number songs. Even before he goes to bed or when he cries, all we need to do is just sing the ABC song n he will be ok. He would stare at our lips while we sang n gave us his cheeky breathtaking smile #cair .

“And now he is 1 year and 6 months, mommy dah tak sabar nak dengar dia membebel. His first words were ‘ball’ and now ‘apple’.

IKLAN

“Kalau dengar dia ckp AppleBall maknanya dia nak kita nyanyi ABC song.

“Bila la mommy, daddy & his brothers nak dengar dia ckp ni. Sometimes kalau dia ckp apa apa Yg clear n we wud clap & scream happily. Maybe that’s why he prefers to just maintain his baby talk. Hehehe,”kongsi Nora di IGTV.

https://www.instagram.com/tv/B1Qa2RyATWx/?igshid=1adbazvs0sewv

IKLAN

Lalu, netizen turut teruja melihat kebijaksanaan kanak-kanak berusia 1 tahun 6 bulan itu.

“Bijaknya Dia,”- Usia Belum Cecah 2 Tahun, Anak Nora Danish Sudah Mahir Kenal Abjad & Nombor “Bijaknya Dia,”- Usia Belum Cecah 2 Tahun, Anak Nora Danish Sudah Mahir Kenal Abjad & Nombor

IKLAN

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Foto : Instagram Nora Danish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI