Pelakon, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan berita sedih buat dirinya sekeluarga apabila salah seorang orang gaji, yang dikenali dengan sapaan Bik Nur telah pun pulang ke negara asalnya untuk berehat dan mengisi masa dengan menjaga cucu.
Perkongsian tersebut dikongsikan Eina menerusi posting Instagram yang dikemas kini.
“Salam guys… today eina nak share dgn u all apa yang Eina rasa. Rasa sedih sangat bila harini bik nur balik for good.
“Bik nur nak balik sbb nak rest kat kg n nak jaga anak2 cucu. bik nur bibik yang paling lama dgn eina. Dia ada dengan eina masa susah n senang eina. so susah nya rasa nak lepas kan bik nur.
“I can’t stop crying rasa masa heartbroken ngn boyfriend pula. Eina pun bukan majikan yang perfect ada masa eina Ada juga mungkin termarah terkasar. but seriously dalam banyak2 bibik eina. Bik nur berjaya buat eina menangis mcm ni,” tulisnya.
Lalu Eina juga sempat memberi dedikasi terakhir buat Bik Nur dengan membawanya keluar makan dan membeli belah.
Malah, gelagat mereka turut boleh ditonton menerusi potongan video yang dikongsi ibu kepada cahaya mata kembar itu.
“Nasib baik smlm eina sempat dating bawa bik nur jalan2 makan n shopping bersama. Saya tau kamu boleh baca ni bik!! Love you always bik.
“Daripada majikan mu : YANG KUAT BEBEL,” kongsi Eina panjang lebar.
Terdahulu, Eina sekeluarga sebelum ini memang sinonim dengan kisahnya yang mempunyai hubungan cukup baik bersama orang gajinya. Salute!
Foto: Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI