Penyanyi Ryan Deedat yang juga duta kepada syarikat perundingan dan penyelesaian masalah kewangan, Lulus.my meyambut baik usaha jenama itu di dalam memperkasakan hal berkaitan pengurusan kewangan pelbagai golongan di negarai ini demi kebaikan bersama.
Lulus telah melancarkan aplikasi LULUS baru-baru ini, menerusi kerjasama strategik baharu yang bakal merevolusikan lanskap perkhidmatan kewangan negara dengan menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang mempunyai akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik pengguna.
“Sudah semestinya saya tumpang gembira melihat perkembangan tersebut. Bila sudah semakin kedepan sudah pasti ia secara langsung memberikan manfaat kepada mana-mana individu yang ingin menyemak status kewangan dan sebagainya.
“Bila ada aplikasi, ia semestinya menjadi lebih mudah berbanding cara tradisional yang mana kini ia lebih efisyen. Mereka sudah boleh ketahui apa-apa servis menerusi hujung jari saja,” katanya kepada MH.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah, LULUS akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, biro kredit dan institusi kewangan yang akan meluaskan lagi jangkauan dan mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan mereka.
“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.
“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.
Ads
“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara ERBE, CTOS dan CelcomDigi.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut mensasarkan 21 buah bank akan terlibat sama dalam kerjasama strategik ini membabitkan lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman lain.
”Perancangan fasa kedua pula, pada tahun hadapan kami akan memperkenalkan LULUS sebagai platform e-dompet dan fasa ketiga yang masih dalam perancangan iaitu menjalankan perniagaan pelaburan melalui aplikasi yang sama,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin pula menjelaskan, mereka mempunyai misi sama untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh akses yang lebih cepat dan mudah kepada pembiayaan.
Ads
“Di CTOS misi kami adalah untuk membantu memperkasakan individu dan perniagaan dalam membuat keputusan kredit yang kukuh dan yakin. Ia bagi membawa kepada kesihatan kewangan yang lebih baik dengan akses kritikal kepada data dan cerapan mudah,” katanya.
Turut di dalam acara berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi LULUS, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail berkata pendekatan ini secara tidak langsung memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan yang lebih cepat.
Ads
“Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) adalah intipati misi kami. Melalui model BaaS, kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang lebih berpatutan, cekap, dan mudah diakses kepada pelanggan kami.
“Dengan kerjasama daripada 21 bank, 5 bank digital, koperasi kredit dan syarikat-syarikat pinjaman lain, rakyat Malaysia akan merasai manfaat nyata melalui BaaS Lulus.
“Pendekatan revolusi ini memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan mudah, menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan, dan mengakses produk dan perkhidmatan kewangan yang sebelum ini di luar jangkauan mereka.
“Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan CTOS turut memperkuatkan keupayaan kami, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisyen,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH difahamkan, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal 2018 dan ada menerima beberapa keping gambar sekitar program berlangsung.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah, salah seorang peserta pasukan yang bertanding didakwa turut disertai Intan Liana Saleh, iaitu bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid.
Dikatakan juga, beberapa keping foto berkaitan program berkenaan turut dimuat naik di Instagram Intan. Namun, ia telah pun dipadamkan ibu beranak dua itu.
Menguatkan lagi andaian pesertanya ialah Intan ialah, ada beberapa individu turut posting gambar sekitar majlis sama lalu menanda akaun Instagram wanita terbabit menerusi foto yang diambil.
Khabarnya juga, Intan turut repost kembali gambar berkenaan meski ia telah dipadamkan Intan.
Sementara itu, beberapa jam yang lalu, Intan turut memuat naik kapsyen menerusi Insta Story iaitu;
“Happykan diri sendiri…,” tulisnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada entri berkenaan ada kaitan dengan foto sebelum ini atau sebaliknya.
Terdahulu, Intan sebelum ini pernah terlibat sebagai artis kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Harapan yang diberikan cukup tinggi buat pasangan romantis ini setiap kali sambutan ulangtahun perkahwinan
Kondominium mewah, hadiah persandingan, pelbagai lagi kejutan Shuib buat isteri tercinta.
Namun lain pula untuk tahun ini, ulas Siti Sarah Raisuddin ketika ditemui, kesibukan kerja menyebabkan kedua-duanya sukar mencari masa terluang untuk meraikan bersama.
“Tahun ni Shuib kata nak bawak Sarah pergi makan, tapi I know dia kena bangun pukul 4.00 pagi kerana show dia pukul 6.00 pagi. Takkan I nak pentingkan diri sendiri minta dia luangkan masa sehingga tengah malam untuk celebrate.
“I rasa tanggungjawab dia untuk menghiburkan rakyat Malaysia lebih penting. Bagi I kerja dia adalah ibadah untuk menghiburkan orang,” ulasnya.
Lain pula halnya dengan netizen, keindahan yang dipaparkan seolah-olah telah menetapkan satu standard yang wajib dipatuhi untuk menggembirakan insan tersayang.
“Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Suami dan isteri adalah cermin pada diri. If you love the person, macam mana you layan orang tu, macam tu lah dia akan layan you.
“Please don’t expect something big from us. Kalau nak mencari idola, the best is Rasulullah SAW, apa yang romantik baginda buat pada isteri-isterinya.
“Apa yang kami lakukan adalah bersesuaian dengan kami. Mungkin boleh mencontohi apa yang kami buat tapi janganlah down kalau pasangan tak memberi sebab keperluan orang lain-lain. You have to know your partner,” kata Sarah yang bakal bergandingan bersama Misha Omar dan Noryn Aziz dalam Soul Sisters.
Terlanjur berbicara soal cinta hati, ulasnya lagi, mereka punya perancangan untuk menambah ahli keluarga, namun penyanyi genit ini masih fobia melalui pengalaman bersalin.
“Fasal anak ini rezeki. Semuanya terletak pada Allah SWT. Kalau ada saya terima dengan hati yang terbuka. Kami plan suami isteri nak empat orang anak.
“Tapi saya fobia nak bersalin, sakit gila. Saya bersalin secara pembedahan jadi sakit dia masih terasa sampai hari ini,” ulas ibu kepada tiga orang anak ini.
Sarah dan Shuib disatukan pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaituUwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Foto – Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ashira mengakui dirinya berasa agak sebak untuk berpindah keluar daripada rumah kakaknya yang selama ini banyak berjasa dan membantunya saat dia susah.
Jelas Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira, dia amat menghargai setiap apa yang telah dilakukan oleh kakaknya itu dan sehingga kini dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa individu terpenting di dalam hidupnya itu.
“Kami gang. Cane nak cakap eh…masa Shira terduduk jatuh ditimpa beberapa ujian dia lah yang tarik tangan Shira suruh Shira bangun. Tak tau macam mane nak balas jasa you.
“Thank you banyak support i, help me when I need it. Thank you tumpangkan I, jaga makan minum masa i tak mampu. Thank you selalu doakan i,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-7 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Ashira juga tidak mahu kakaknya itu berasa susah hati lagi untuk memikirkan mengenai dirinya kerana menyifatkan dia kini sudah pun menemui kunci kebahagian hidupnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini turut menitipkan ucapan terima kasih selain turut mendoakan semoga kakaknya itu akan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
“Thank you layan karenah senget adikmu nie. I sebak masa ambik barang-barang nak pindah Tapi I just nak tunjuk kat u I happy I tak nak u susah hati lagi.
“Semoga Allah merahmati kehidupan you sekeluarga, diperluaskan pintu rezeki. Kak Aku sayang ko giler! Thank you so much! Love you more than u know. P/s jgn nangissss a,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut berharap agar perkahwinan yang dibina oleh Ashira dan Bad akan berkekalan hingga ke jannah.
Terdahulu, Ashira baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan yang juga merupakan anggota kumpulan, Indigo, Bad pada tanggal 11 Mac lalu.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sumber: Instagram Ashira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.