Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang selamat menerima menantu pada 21 Ogos tahun lalu akui syukur nikmat apabila kehidupannya lebih harmoni sejak kehadiran menantu yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Ditanya reaksi apabila bermenantukan artis, pengusaha The Dim Sum Place menerusi Majalah Nona ini tidak menganggap ia sebagai satu masalah.
Malah baginya, apa yang lebih diutamakan ialah kegembiraan anak-anak.
“Saya tak kisah dan tak pernah memilih nak menantu bukan selebriti atau selebriti popular level international. Saya tak meletakkan apa-apa harapan pun. Pada saya, yang penting anak-anak happy. Bukan saya yang happy tapi anak-anak yang happy. Bila itu pilihan Haq, saya terima sebab saya nak anak saya happy.
“Anak takkan selama-lamanya dengan kita. Dia kena ada hidup dia sendiri dan kita kena hidup dengan orang yang dia sayang dan cinta. Bukan orang yang kita suka. Anak saya pernah cakap, dia takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Elisya Sandha.
“Bila saya redakan perkahwinan mereka, saya rasa itu satu benda besar yang saya buat sebab ini adalah titik permulaan kehidupan dia,” katanya.
Sheila turut mengenangkan kembali memori pertemuan awalnya dengan adik kepada aktes popular Fasha Sandha itu.
“Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha. Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.
“Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya,” katanya lagi.
Bakal bergelar nenek tidak lama lagi, Sheila yang sinonim dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan mendedahkan dia teruja untuk menimang cucu sulung tidak lama lagi.
“Saya tak pernah meletakkan bila sekian tahun Haq dan Elisya perlu ada anak. Memang tak pernah bincang pun. Cuma saya pernah cakap kalau Allah bagi, terima. Jangan kacau perancangan Allah.
“Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk dapat anak awal, just terima rezeki. Tak anggap ia seawal ini tapi bila berlaku, sudah tentu saya happy. Saya tak control hidup anak-anak. Apa yang saya buat ialah saya observed dan kalau ada rasa tak betul, saya tegur.
“Mereka lebih tahu perjalanan macam mana yang dipilih, saya terima dan saya mendoakan yang baik-baik,” ulasnya lagi yang bersyukur kerana dikurniakan menantu yang bukan hanya cantik tetapi juga pandai mengambil hati.
“Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
“Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir,” katanya lagi.
Terdahulu, Elisya mendedahkan dia dijangka bersalin pada 16 Jun depan bakal dikurniakan bayi perempuan.
Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Majalah Nona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI