Pelakon Elfira Loy berkongsi momen indah saat suaminya, Farish Khairol Anuar yang dirakam menyambut sendiri kelahiran cahaya mata mereka.
Video dan dedikasi indah itu dilayangkan Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini.
Di dalam ucapan tersebut, Elfira berterima kasih buat suami kerana menjadi ketua keluarga terbaik di samping dua permata hati.
“To my beloved husband, Ayah to my child
Happy Father’s day @fariskanuar, thank you for making effort to be a great Ayah to our beloved son Muhamad Rayyan Khalaf & daughter Nur Aria Mikayla.
“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing.
“My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instgaram.
Menerima lebih 55,000 tanda suka, suaminya turut membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.
Malah, rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik selain ada yang kagum kerana menyifatkan Elfira tenang sewaktu proses bersalin berjalan.
“Mahal lah momen macam ni,” tulis peminat.
“Fuhh… powerlah tak dengar El menjerit pun,” komen peminat lain.
“MasyaAllah El, cool giler awak teran,” antara reaksi peminat.
“Macam mana El cool macam tu? Teringin nak tahu,” peminat teruja.
“Punyalah senang dia beranak,” ini antara reaksi yang ditinggalkan.
Untuk rekod, Elfira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 memiliki sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf,2, dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.