Hati ibu masa yang tidak terasa andai fizikal anak mereka dipersoalkan? Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila Nora Danish mengakui ada individu yang seakan tidak puas hati dengan memberi komen berbaur negatif terhadap fikizal anaknya, Mohamed Neyqal Nedim pada awal dia dilahirkan.
Ketika ditanya mengenai situasi berkenaan tidak lama dulu, Nora memberitahu pada peringkat awal apabila ada netizen yang mulai mengata anak keduanya itu di media sosial, dia tidaklah rasa sangat tertekan, cuma sedikit terkilan dan sedih.
“Bila awal-awal tu ada yang mengata anak saya, saya rasa tidaklah rasa down sangat. Cuma rasa sedih sebab kitakan ibu. Lagi pula, saya sendiri sudah terbiasa dengan komen-komen negatif, ada yang suka dan sebaliknya.
“Saya pun sudah lama dalam industri, jadi itu menjadi lumrah. Cuma pada suatu ketika, saya agak terkejut dengan komen yang diberikan itu, ada yang melampau sangat. Saya gembira kongsi dengan niat untuk war-warkan kepada peminat.
“Sebab kami gembira kerana dikurniakan cahaya mata selepas dalam tempoh lebih empat bulan berkahwin. Tapi bukan kongsi untuk beri ruang orang kutuk-kutuk,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Nora bertuah kerana suami seorang yang tenang dan sekali gus memberinya kekuatan.
“Saya pula rasa sedikit sedih. Suami kata tidak mengapa, niat kita hanya untuk kongsi kegembiraan bersama peminat. Jadi itulah, saya teruskan berkongsi perkembangan Ney Ney.
“Alhamdulillah, sekarang ada yang mulai kata Ney Ney makin comel apa semua. Saya gembiralah dan anggap itu lumrah. Apa pun, saya tidaklah terlalu kisahkan sangat bila ada yang mengata yang tak baik.
“Kalau kita rasa kita kena macam tu, pasti ada orang lain yang pernah berhadapan dengan komen-komen yang lebih teruk,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI