Aksi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang menjadi bidan terjun melakukan tugas tukang gunting rambut suami, Nabil Mahir berikutan penutupan salun atau barber sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencuri perhatian.
Menerusi hantaran terkini melalui video di Instagram, Nabil ‘reda’ apabila is isteri melakukan tugas tersebut.
“Bila @aydajebat guntingkan rambut.. Batu belah batu bertangkup jadinya. Korang berani tak bagi bini potong kan rambut? Abam redho,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen yang disertai dengan beberapa hashtag.
Merusi video tersebut, kelihatan Ayda fokus menggunting rambut sambil ditemani salah seorang anak buah.
Meski pada awalnya ia kelihatan janggal, namun hasilnya tampak baik sejurus Nabil membetulkan stail rambutnya.
Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa simpati akan nasib pasangan warga tua bersama seorang anak kurang upaya yang tinggal di sebuah pondok kecil di tepi jalan.
Jelasnya pasangan ini hanya menjual pucuk ubi dan pendapatan sebagai pengawal keselamatan untuk menyara kehidupan.
Malah lebih menyedihkan, pondok mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan tandas juga terpaksa menggunakan sumber air longkang.
“Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun.
“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000.
“Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah.
“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.
“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB,” kongsinya di IGTV.
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya.
Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi.
“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya.
Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang.
Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan.
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...