Penyanyi dan penyampai radio, Fahrur Raqib mendapat pujian ramai apabila dia mengalunkan surah Al-fatihah dengan tarannum (bernada nyanyian).
Baginya, apabila mengalunkan dengan nada tersebut, menjadikan dirinya lebih menghayati makna setiap bacaan itu.
“Nak record video tapi kena jaga muammar sebab muaammar taknak duduk diam. nak main buka tutup laci almari. main kunci la ape la, ini lah jadinya.
“Saya nak share cara bacaan Alfatehah dalam solat. bila baca ade tarannum sikit jadi feel. betul tak? so korang boleh try la nanti bile jadi imam kt rumah nanti,” tulisnya.
Raqib yang mengalunkan ayat suci sambil merakam video bersama anaknya, Muammar Rafiqi telah mendapat pujian ramai kerana telatah kanak-kanak berusia 11 bulan itu.
IKLAN
Terdahulu, Raqib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018.
Pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang dilahirkan pada 21 Jun 2019 seberat 3.5kg.
Sejak semalam, konflik melibatkan keluarga penyanyi, Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan sekaligus tular di media sosial.
Segalanya bermula selepas pendedahan adik kepada Shila yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah yang didakwa terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.
Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut tampil membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.
Bagaimanapun, pendedahkan yang dibuat Syafiq telah mengundang kemarahan pengurus Shila, Aini Shuhaidah selepas Syafiq didakwa melabelkan dirinya sebagai balaci.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aini turut mendedahkan Syafiq telah bertindak melampau dengan memetik nama ibunya di dalam isu yang berlaku.
“Aku balaci? Mak aku tak ajar aku? Cantik Syafiq Amzah,” luahnya berang.
Sementara itu, Aini turut memaklumkan dirinya telah datang ke rumah keluarga Shila untuk bersemuka dengan Syafiq namun dia dikatakan tidak keluar rumah.
“Aku pun tak puas hati dengan kau Syafiq Amzah. Balaci ni ajak kau jumpa, kau duduk je dalam rumah. Takpulak nak keluar.
“Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah aka Mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna. Kau pun blah semalam takde pula tunggu sampai benda settle.
“Kata gangster, paling tinggi kau boleh buat whatsapp aku dari dalam rumah. Lepastu block aku,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Aini akui terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh keluarga Shila meskipun mengenali diantara satu sama lain sejak lebih sedekad yang lalu.
“Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat.
“Aku diam je tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci. Sabar dan respect aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aini Shuhaidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert kumpulan Kpop popular, Blackpink berlangsung dengan jayanya pada malam Sabtu dengan dianggarkan lebih 60,000 Blinks (gelaran peminat Blackpink) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kebanyakan yang hadir tampil berpakaian berwarna hitam dan merah jambu, sesuai dengan nama girl group tersebut.
Mencipta kelainan dan tampil lain daripada yang lain, pengacara Nabil Mahir muncul dengan busana baju melayu berwarna merah jambu.
Isterinya, penyanyi Ayda Jebat turut berkongsi video pendek Nabil bergaya ‘rare’ ketika berjalan menuju ke lokasi konsert menerusi Insta Story.
“Dia pergi konsert Blackpink pakai baju melayu pink guys!” tulis Ayda.
Nabil juga memuat naik gambar kenangannya bersama Ayda di hadapan layar gergasi yang menunjukkan poster konsert jelajah Bornpink.
“Ini merupakan pengalaman konsert pertama Ayda dan menonton Blackpink adalah satu permulaan yang baik!” tulis Nabil.
Selain Nabil dan Ayda, antara selebriti tempatan yang hadir menyaksikan konsert Blackpink ialah seperti Mira Filzah dan Nadiyah Shahab.
Terdahulu, Blackpink memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat bermula di Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.
Konsert jelajah kumpulan itu memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari lalu.
Blackpink yang popular dengan lagu Pink Venom dan How You Like That dianggotai Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular mengenai sedutan satu klip video memaparkan soalan spontan yang diajukan wartawan Sinar Daily kepada peserta Dewi Remaja 2022 mengenai perkembangan politik semasa negara.
Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, ia memperlihatkan empat peserta iaitu Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh, 25, Siti Nur Aishah Bee Mohd Nor, 22, Noor Alyssa Ahmad Azmi, 20, dan Zafira Natasya Yong, 21, yang diuji soalan berkaitan politik di Malaysia.
Akibat memberi jawapan seakan tidak pasti apabila diajukan soalan untuk menamakan tiga parti pembangkang dan komponen parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini, rata-rata netizen meninggalkan komen ‘jahat’ seperti ‘beauty with no brains’ terhadap keempat-empat mereka.
Tampil menjawab komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap mereka, Keeranjit Kaur atau lebih senang disapa Keeran berkata dia berharap netizen di luar sana tidak menghina tahap intelektual peserta Dewi Remaja.
“Sebenarnya soalan itu diajukan secara spontan dan saya akui sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa cakna dengan perkembangan dan situasi politik yang berlaku dalam negara kita.
“Saya harap netizen tidak menghina tahap IQ kami sebaliknya tengoklah video penuh kami sebelum bertindak meninggalkan sebarang komen negatif.
“Kami memang baca semua komen-komen yang diberikan tapi kami tidak terguris hati, sebaliknya go easy on us. Daripada isu yang jadi ini, secara tidak langsung saya percaya ramai rakyat Malaysia kini lebih cakna untuk lebih mengambil tahu mengenai perkembangan politik semasa negara,” katanya kepada MH.
Menurut Keeran yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dia ingin mengucapkan terima kasih kepada sebahagian netizen yang mengambil perkara itu sebagai satu langkah yang bijak dengan menerangkan jawapan secara terperinci kepada orang ramai.
“Saya tengok ada dalam kalangan netizen yang turut menerangkan jawapan secara terperinci untuk pengetahuan bersama. Itu yang bagusnya, secara tidak langsung sama-sama kita semua akan lebih cakna mengenai isu politik negara.
“Saya melihat isu ini daripada sudut positif dan sememangnya sebagai rakyat Malaysia, kita kena perlu sentiasa mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara kita,” ujarnya lagi.
Dewi Remaja 2022 yang kini memasuki episod ketujuh pada Sabtu ini akan memaparkan cabaran teater yang perlu disahut 11 lagi dewi yang masih tinggal dalam perjuangan untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2022.
11 peserta yang masih bertahan ialah Alyssa, Keeran, Bee Aishah, Auni, Janani, Zafira, Rasyiqah, Dina, Kimberly, Hyeley dan Tracie.
Manakala lima peserta yang tersungkur setakat ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman dan Reezlyn.
Dihoskan Fikry Ibrahim, Dewi Remaja 2022 bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Pelakon dan bekas finalis Dewi Remaja 1994/95, Rozita Che Wan merupakan juri tetap bagi program tersebut.
Pertandingan ini telah banyak melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang seni tempatan seperti Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Mimi Lana, Aleeza Kassim, Raysha Rizrose dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie, menyifatkan bayaran rendah dan tidak setimpal yang diberikan pihak produksi kepada artis veteran sebagai satu penghinaan.