“Bila Baca Ada Tarannum Sikit Jadi Feel,” – Alun Surah Al-Fatihah Dengan Merdu, Suara Fahrur Raqib Dapat Pujian

Share

Penyanyi dan penyampai radio, Fahrur Raqib mendapat pujian ramai apabila dia mengalunkan surah Al-fatihah dengan tarannum (bernada nyanyian).

Baginya, apabila mengalunkan dengan nada tersebut, menjadikan dirinya lebih menghayati makna setiap bacaan itu.

“Nak record video tapi kena jaga muammar sebab muaammar taknak duduk diam. nak main buka tutup laci almari. main kunci la ape la, ini lah jadinya.

“Saya nak share cara bacaan Alfatehah dalam solat. bila baca ade tarannum sikit jadi feel. betul tak? so korang boleh try la nanti bile jadi imam kt rumah nanti,” tulisnya.

Raqib yang mengalunkan ayat suci sambil merakam video bersama anaknya, Muammar Rafiqi telah mendapat pujian ramai kerana telatah kanak-kanak berusia 11 bulan itu.

Terdahulu, Raqib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018.

Pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang dilahirkan pada 21 Jun 2019 seberat 3.5kg.

 
Video/ foto : Instagram Raqib Majid

Published by
MH