“Bila Bagi Nasi Impit Dia Selera Pulak,” – Tasha Manshahar Cerita Anak Mula Tak Nak Makan Bersuap, Kongsi Teknik Ajar Makan Sendiri

Share

Tasha Manshahar menerusi satu klip video ada berkongsi perkembangan anak lelakinya, Muammar Rafiqi yang bakal mencecah usia setahun 21 Jun ini.

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu mendedahkan, anaknya yang disapa Muammar itu kini sudah mulai  mahu makan makanannya sendiri tanpa disuap si ibu.

Malah permata hatinya itu juga turut memilih makanan dan menggemari nasi impit.

“Muammar dah masuk fasa taknak makan sangat. Makan 2 3 suap pastu taknak dah. Tapi aktif dia ya rabbiiii. But without failed, tetap jugak mommy prepare makanan untuk dia setiap hari walaupun end up byk buang je.

“Porridge, nasi lembik, pasta, dia tak interested sgt dah. Tapi, bila bagi nasi impit dia selera pulak. Pastu kita carikkan siap-siap lauk dia. Tu pun dia taknak org suap ya! Dia nak makan sendiri.

“Bila makan sendiri tu tahu jelah kan, byklah kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan selepas tu. Mommy layankan je asal Muammar nak makan. (Jangan risau, ada je resipi kari untuk baby),” tulisnya.

Dia pada masa sama turut berkongsi teknik buat khusus buat si kecil yang mulai mahu makan sendiri.

“Oh ye, yg dalam video ni nasi impit mini tu belah 4, isi ikan tu dah carik. Ikan dia ada dalam mangkuk lain. Ni antara teknik mommies boleh cuba utk ajar anak makan sendiri.

“Jgn letak byk2. Letak satu2, so dorg akan fokus utk kutip dan suap dlm mulut instead of main2 je dgn makanan tu.

“Awal-awal mommies kena demonstrate dulu tau. And of course it takes time and kena selalu practice.

“Sehari dua ni bila mommy dah tahu Muammar nak makan macam mana, baru nampak Muammar enjoy makan mcm sebelum-sebelum ni,” jelasnya lagi.

Sambil menyifatkan fasa anak akan berubah-ubah dalam proses membesar, Tasha turut mendoakan agar para ibu bapa juga akan mudah untuk faham dengan perubahan si kecil demi kebaikan mereka.

“Fasa anak ni mmg akan berubah-ubah. Sebab physically, mentally dorg pun berubah ikut peredaran masa. So yes normal la selera dorg berubah, akal pun makin byk.

“Kita doa anak kita sentiasa mudah diuruskan atau doa supaya kita sebagai ibubapa mudah faham dan adapt dengan perubahan anak, supaya kita dapat beri yg terbaik, mereka pun membesar dgn cara terbaik. Aamiin.

“Tak lama lagi Muammar nak happy birthday dahhhh. Mommy masih confused dengan perasaan sendiri, nak happy ke nak sad. Ada tak friend Muammar dekat sini yang birthday bulan Jun?,” akhiri Tasha.

Peminat juga ada berkongsi pengalaman bersama anak masing-masing dalam fasa sama di ruangan komen pada entri tersebut.

Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid pada 8 September 2018.

Foto: Instagram Tasha Manshahar

 

Published by
MH