Pelakon dan usahawan, Fazren Rafi membidas tanggapan segelintir pihak termasuk pempengaruh media sosial yang memandang rendah keupayaan institusi sekolah dalam membentuk anak bangsa.

Menurut Fazren, ilmu yang diajarkan di sekolah bakal membentuk pemikiran dan sahsiah pelajar sebagai permulaan untuk membawa diri menghadapi alam dewasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Fazren (@fazrenrafi)

“Budaya influencer atau pempengaruh bila berjaya dan pengikut ramai, mula memperlekeh banyak hal. Kita berjaya, masuk universiti dan pandai, itu semua rezeki.

“Kita tak pandai tapi berjaya pun rezeki. Tapi akan ada beza pemikiran, percakapan dan pergaulan orang yang berilmu dengan orang yang kurang berilmu,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Spa Q itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

“Bila Banyak Followers, Mula Memperlekeh,” – Fazren Rafi Bidas Influencer Anggap Sekolah Tak Penting, Beri Persepsi Buruk Pada…

Katanya lagi, neratif yang cuba disampaikan oleh pempengaruh ini hanya akan memberikan persepsi negatif buat golongan muda pada masa hadapan.

“Sekolah, ilmu dan pengalaman yang jadikan kita ni manusia. Pandai atau tidak dan berjaya atau tidak, itu belakang kira. Yang penting jangan kita mengajak atau menormalisasikan ilmu dan pendidikan itu tak penting.

Ads

“‘Ala aku gagal 8G SPM pun berjaya dan kaya. Mana pergi budak-budak 21A. Haa dia pakai Myvi je.’

“Bahaya budaya ni takut nanti anak-anak terikut sebab media sosial memang main peranan yang besar dalam hidup sekarang,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Fazren turut menyeru kepada para pempengaruh supaya mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh personaliti media sosial seperti Alif Satar dan Khairul Aming yang sentiasa berkongsi konten-konten yang bermanfaat.

Ads

“Bila Banyak Followers, Mula Memperlekeh,” – Fazren Rafi Bidas Influencer Anggap Sekolah Tak Penting, Beri Persepsi Buruk Pada…

“Golongan professional berapa peratus je yang update media sosial ni. Semoga pempengaruh kita dekat Malaysia ni 90% jadi macam Aliff Satar atau Khairul Aming.

“Setakat ini, saya nampak mereka bagi impak besar tapi bersederhana sahaja. Tak perlu heboh-heboh. Apa yang keluar dari mereka adalah mutiara,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI