Pelawak dan pelakon, Vicha Saywho berkongsi mengenai imej baharunya yang kini sudah bertudung.
Menurut berkata, banyak perkara yang bermain di fikiran hingga membantutkan hasratnya untuk bertudung selama ini.
“Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik,” katanya, memetik Harian Metro.
Dia pada masa sama turut menambah, niat ke arah tersebut sudah lama terpendam dan cuba untuk berhijab pada Ramdan lalu.
“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan.
“Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.
“Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.
“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,” katanya lagi.,
Vicha berharap, moga penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selain turut bertanya dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung mengenai keputusannya itu.
“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiqamah.
“Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.
Dalam pada itu, Vicha mengakui Allahyarham Siti Sarah adalah rakan artis yang sangat baik.
“Baru-baru ini arwah ada memberikan saya jubah yang dibuat khas mengikut saiz saya. Padahal saya hanya tanya adakah saiz saya ada dijual.
“Ketika menyarung jubah pemberiannya, hati saya sangat gembira dan ingatkan nak beritahu yang kepadanya yang saya cantik dengan tudung yang dikenakan. Arwah sangat baik walaupun kami tidak rapat,” katanya.
Sementara itu, dia turut berkongsi penampilan terkininya itu di Instagram, sekaligus meminta ramai untuk terus mendoakan yang baik-baik
Foto: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI