“Bila Cik B Tengok Dia Dalam TV, Malu Tak Tahu Nak Sorok Muka Kat Mana,” – DSV ‘Terkekek’ Gelak, Siap Peluk Cik B!

Share

Usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) ada berkongsi potongan video yang merakamkan aksi spontan dia dan anaknya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau sinonim dipanggil Cik B menonton episod pertama drama Lelaki Lingkungan Cinta yang turut dilakonkannya.

Diambil secara spontan, video yang dimuat naik DSV menerusi Instagram pada malam Rabu itu nyata mencuri perhatian ramai.

Ini kerana, gelagat Cik B yang dilihat tersipu malu selepas diusik DSV sejurus melihat aksi lakonan anaknya di kaca TV cukup menghiburkan.

“BILA CIK B TENGOK DIRI DIA DALAM TV. DIA MALU. TAK TAHU NAK SOROK MUKA KAT MANA,” tulisnya ringkas.

Menerusi video yang sudah pun ditonton lebih 50,000 kali itu, Cik B dilihat turut memeluk ibunya sambil disusuli dengan tawa mereka anak-beranak.

Terdahulu, selain Cik B, drama berkenaan turut menampilkan para pelakon remaja lain seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Nabil Aqil dan ramai lagi.

Drama yang bersiaran menerusi slot Lestary itu memulakan tayangan bagi menggantikan drama fenomena, Kampung People 2.

Foto: Instagram DSV

Published by
MH