“Bila Dah 7 Tahun Ni, Rentan Kurang Ketawa Je Yang Banyak. Memang Gitu Eh?” – Throwback Foto Kahwin, Misha Omar Singkap Situasi Rumah Tangga

Share

Menzahirkan rasa syukur, penyanyi Misha Omar ada mengenang memori indah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang ketujuh.

Jelas Misha, dia dan suami kini berkongsi suka-duka bersama apabila melihat kekurangan yang ada sebagai satu kelebihan.

“7 Tahun hari ini… Alhamdulillah, masih saling menerima..malah setiap kekurangan dijadikan kelebihan untuk saling membahan dan mentertawakan kesilapan masing-masing…Hahaha!!

“Bila dah 7 thn ni..rentan dah kurang…ketawa je yang banyakkk..mmg gitu eh?,” seloroh Misha menerusi pautan foto pernikahannya.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas ucapan serta doa yang dititipkan semua.

“Terima kasih buat kalian yang mendoakan kami, merestui dan menyaksikan perjalanan kami hingga sampai ke mari…bertunang, bersanding, membesarkan keluarga tetap juga di mata kalian.

“Jasa kalian dalam mendoakan kami tak terbalaskan. Terima kasih tau,” tulisnya lagi beserta emoji kucupan.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan ucapan istimewa termasuk rakan selebriti, seperti Aina Abdul, Elly Mazlein, Nourul Depp dan ramai lagi.

Imbas kembali, Misha dan suami mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa.

Foto: Instagram Misha Omar

Published by
MH