Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-64, penyanyi Nourul Depp ada menitipkan ucapan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Apa yang menarik, penyanyi berusia 44 tahun ini ada berkongsi cerita perihal mengenai arwah bapanya, Abd Wahab yang pernah menjalinkan hubungan rapat bersama Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu.

“Bila Dah Besar Baru Tahu Rupanya Lelaki Tua Itu Adalah…,” – Nourul Depp Kongsi Cerita Kenangan Arwah Bapa Dengan Tunku Abdul Rahman “Bila Dah Besar Baru Tahu Rupanya Lelaki Tua Itu Adalah…,” – Nourul Depp Kongsi Cerita Kenangan Arwah Bapa Dengan Tunku Abdul Rahman

“Merdeka! Merdeka! Happy independence Day Malaysia. Al fatihah buat bapa kemerdekaan almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Terima kasih di atas segala usaha mu untuk kemerdekaan malaysia.

“Masa kami kecik, arwah abah selalu bawak pi tanjung (pulau. Kami di butterworth) selalu jumpa seorang lelaki berusia hampir 100 tahun.

Ads

“Di bawah satu pokok besaq, kami selalu main dengan sorang budak perempuan dan lelaki kacukan cina-melayu.

“Lelaki tua tu atas kerusi roda, sesekali pandnag kami sambil sembang dengan arwah abah.
Bila dah besaq baru tau rupanya lelaki tua itu adalah almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Arwah abah ada kelebihan dengan hubungannya dengan beberapa leader dulu. Termasuk Tun Mahathir,” tulisnya.

Ads

 

“Bila Dah Besar Baru Tahu Rupanya Lelaki Tua Itu Adalah…,” – Nourul Depp Kongsi Cerita Kenangan Arwah Bapa Dengan Tunku Abdul Rahman “Bila Dah Besar Baru Tahu Rupanya Lelaki Tua Itu Adalah…,” – Nourul Depp Kongsi Cerita Kenangan Arwah Bapa Dengan Tunku Abdul Rahman

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab turut menitipkan kata ucapan dengan memberikan nasihat kepada orang ramai untuk ubah cara permikiran agar dapat menjadikan tanah air tercinta sebuah negara yang lebih maju.

Ads

“Zaman berubah. Amanatnya tetap berjalan. Hanya kita sebagai takyat yang ada “magic lamp” kata almarhum. (Rujuk video @missmajid )

“Pertahankan keamanan. Bebaskan fikiran yang skeptikal. Ubah mindset yang sempit untuk menjadikan negara kita lebih maju. Selamat hari kemerdekaan yang ke 64. Love you malaysia. Forever and always #merdeka64 #malaysiaindependentday,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

 

Foto: Instagram Nourul Depp

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI