“Bila Dah Jadi Seorang Ibu Ni…,”- Kata ‘First Timer’, Mawar Rashid

Share

Setiap insan bergelar ibu, pasti ia suatu pengalaman berharga dan begitulah apa yang dirasai oleh pelakon bernama Mawar Rashid ini.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut telah memaparkan Mawar bersama ibu dan anaknya.

“To my mummy and my ibu.. Happy Mother’s Day. Mummy and ibu yang banyak berkorban untuk anak2, didik anak2 dengan penuh kasih sayang.”

“Semoga budaya kasih sayang yang mengeratkan kita satu keluarga kekal hingga ke anak cucu. Amin YRA I’m sure semua ibu2 diluar sana berkorban untuk anak2, Mawar nak wish Happy Mother’s Day to all mommys out there.”

“I’m so proud of you guys. Bila dah jd seorang ibu ni baru lah Mawar rasa betapa tingginya perasaan kasih sayang kepada anak ni. Memang tak dapat diungkapkan dalam perkataan. Too precious. Syukur Alhamdulillah I am a mother now”tulisnya.

Di samping itu, pelakon yang berusia 24 tahun itu turut berkongsi gambar ketika dia bersama ibu mertuanya.

Dalam pada itu, peminat juga memberi kata-kata ucapan kepada Mawar yang baru sahaja bergelar seorang ibu beberapa bulan yang lalu.

Untuk rekod, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhamad Rafael.

Foto : Instagram Mawar Rashid

Published by
Nazar Rafiqhi