Usahawan Datin Seri Nur Shahida ada memberi kata-kata semnagat buat para wanita yang belum pernah mengalami nikmat untuk bersalin.
Entri yang dikongsikan Shahida itu melihatkan kesakitan yang dialaminya saat melahirkan anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
“Kenangan menahan sakit melahirkan @yusoffalqardawi_terlajaklaris….. sakit mmg sakit x boleh nak gambarkan sakit tu….tapi bila dah keluar baby tu sakit tu menjadi nikmat……..
“Saya doakan kepada mereka yg belum bergelar ibu dapat merasai detik ini…Insya Allah ada hikmah Allah lewatkan….doa banyak2 jgn putus asa..Allah suka hambanya yg rajin berusaha dan tak putus asa,” tulis Shahida.
Lalu, netizen khusunya para wanita telah meninggalkan komen yang pelbagai dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Foto : Instagram DS Shahida