Tugas juri dalam mana-mana program realiti pastinya menjadi satu tanggungjawab yang sangat berat. 

Begitulah situasi Datuk Hans Isaac yang bertindak sebagai juri lelaki program realiti Dewi Remaja 2018/19 yang kini bersiaran jam 10.30 malam setiap Ahad di Astro Ria dan Ria HD. 

Hans ketika ditemui selepas recording program itu berkata, dia mahu para peserta tidak mudah lupa diri.  

“Mungkin lepas dah keluar dari program realiti ni, jangan jadi sombong dan lupa diri sebab nama dah ada on top,” pesan Hans. 

Ads

 “Bila Dah Popular Jangan Jadi Sombong Sebab…,”- Pesan Datuk Hans Isaac Buat Peserta Dewi Remaja, Tak Nilai Sisi Fizikal Saja

Tambah Hans, dia mahu mencari peserta yang mempunyai aura tersendiri. 

Ads

“Tugas saya sebagai juri nak pastikan mereka bukan sahaja cantik dari segi paras rupa sahaja, tapi mereka pula ada karisma dan identiti tersendiri,” katanya kepada MH.

“Bila Dah Popular Jangan Jadi Sombong Sebab…,”- Pesan Datuk Hans Isaac Buat Peserta Dewi Remaja, Tak Nilai Sisi Fizikal Saja

Ads

“Kebanyakan apa yang saya nampak,artis yang dulu pun skrg ni dh jadi lupa diri.. bukan semua tapi ada sesetengah,”katanya.

Hans ketika ditemui di Studio Cafe, Sri Kembangan  berkata, pemikiran setiap para peserta harus sentiasa positif. 

“Bagi saya fizikal tu nombor dua.. ya memang semuanya cantik dan ada kecantikan tersendiri. Tapi apa yg paling penting adalah mindset mereka untuk masuk pertandingan sebegini dan pergi lebih jauh,” jelas Hans lagi. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI