Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia banyak mengutip pengalaman dalam usaha menjadi petai berjaya apabila 400 pohon Durian jenis Musang King yang ditanam mati.
Situasi yang berlaku juga membuatkan dirinya lebih faham mengapa durian dari jenis berkenaan lebih mahal berbanding yang lain.
“Kini durian saya dah 5 bulan. Syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat. Sebab ini semua pengalaman, menjadikan saya lebih matang menjadi petani,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Aliff menerusi entri terkininya di Instagram.
“Dulu saya tak faham kenapa buah durian Musang King ini mahal sangat. Tapi bila saya dah tanam pokok ni baru tau. Bukan senang nak jaga pokok durian ni.
“Ada 1001 masalah. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang petani durian Musang King berjaya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran tetap saya tempuhi demi impian di hari tua,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.