Demi komitmen pada kerjaya, penyanyi Min Yasmin memaklumkan dia menyambut kedatangan 1 Syawal di Tawi-Tawi, Filipina kerana terbabit dengan persembahan sempena kempen pilihan raya di negara berkenaan
Jelas Min, dia bertolak ke Filipina sejak 26 April lalu bersama suami, komposer Julfekar dan berada di sana selama 29 hari.
“Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak boleh ke luar negara, tahun ini rezeki saya dapat kembali ke sini. Seperti semua tahu,Filipina ibarat rumah kedua saya kerana sering ulang alik membuat persembahan selain pernah mengadakan konsert.
“Kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sempena kempen pilihan raya Filipina. Satu penghormatan buat saya daripada pihak kerajaan di sini kerana ini kali kedua saya terbabit. Bagi saya, ini satu lagi peluang keemasan selain dapat melepas rindu dengan seluruh peminat di sini,” katanya.
Ads
Kali pertama berhari raya di perantauan, penyanyi lagu Belum Lelah Setia ini bagaimanapun terbuka dengan rezeki seni yang diterima dari negara jiran.
“Apabila mendapat tawaran ini, tentu saja saya dan suami berbincang. Apatah lagi tarikh penerbangan kami kurang seminggu lagi untuk menyambut hari raya.
“Namun, apabila difikir semula tawaran ini bukan selalu datang. Jadi, saya dan suami bersetuju. Memandangkan kami pergi berdua, jadi tidaklah saya berkeseorangan menyambut raya. Ditemani suami juga satu rahmat biarpun tak dapat bersama keluarga lain.
Ads
“Nak kata sedih, memanglah sedih lagi-lagi sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemik dan terpaksa berjauhan dengan keluarga yang lain.
“Setiap kali solat pastinya saya dan suami berdoa untuk dimurahkan dan dipermudahkan rezeki, namun apabila rezeki yang Allah nak beri datang pada masa begini, kami reda dan sangat bersyukur dengan rezeki ini. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Pelakon era 90-an yang kini menetap di Montreal, Kanada, Azah Aziz mengimbau kembali saat awalnya menceburi bidang seni menerusi Pencarian Dewi Remaja.
Katanya di salah satu posting Instagram, dia menyertai pencarian bakat di kalangan gadis remaja tersebut pada usia 16 tahun.
“Hahh @mediahiburanofficialdah keluarkan #throwback dewi dulu2.. thank u one off my best memories, saya start from Dewi remaja, masuk dewi went i was 16.. mudo nyee.
“Tak menang, finalist jeer,but from there offer for tv commercials memang tak putus2..?? Tu all dewi 18/19 good luck , b yourself n stay humble, u will go far,” tulisnya.
Malah, Azah sempat mengakhiri notanya dengan tulisan berbaur humor iaitu;
“Dewi dulu2 ada gak yg gelap hokeyy cam kita,” tulisnya.
Selain Azah, turut sama bertanding pada edisi bersamanya ialah personaliti televisyen, Sharifah Shawati, pelakon Lily Patra dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan program Dewi Remaja 2018/19 akhir pada Ahad ini, bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD.
Foto: Instagram Azah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabatnya, Mya Ruslee dipercayai akibat kanser siang tadi.
Malah, bintang itu memaklumkan bahawa dia sudah lama mengetahui kesakitan yang dialami penyanyi yang sinonim menerusi lagu Matahari itu.
“Ya Ayalija.. Masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan. Tapi harini Aya dah tak sakit lagi kan.
“Aku tunaikan amanah aku pada kau. Rahsiahkan sakit kau. Tapi hari ni pls bg aku jmp kau,” tulisnya sambil memuat naik video arwah ketika nersaing di pentas Gegar Vaganza (GV5).
Video tersebut dinyanyikan Mya atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari ketika menyampaikan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian asal Farawahida di minggu kedua GV5.
Terdahulu, Mya, 43, meninggal dunia selepas pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.
Foto: Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang mencipta nama melalui lagu duet Khai Bahar, Rahsia Kita telah selamat bergelar isteri Luqmanul Haqim, semalam.
Majlis akad nikah itu diadakan secara kecil-kecilan di surau berhampiran kediaman keluarga Fatin di Seremban, Negeri Sembilan.
Perkara itu dikongsikan penyanyi berusia 24 tahun itu di Instagramnya.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri @luqmanul_93 🥰♥️ terimakasih yang hadir maaf kalau ada kekurangan dan juga pada yg tidak di jemput. sbb kami buat majlis nikah kecil2 sahaja.
“In shaa Allah tahun dpn majlis saya akan jemput.Doakan untuk kami smoga hbungan ini kekal,” tulisnya sambil disertakan video upacara majlis akad nikah.