Selepas hampir sedekad, penyanyi Mila Jirin kini muncul dengan naskhah baharu, Sandera ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan.

Menurut Mila, peluang yang diberikan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sementelah dia sendiri sudah lama tidak merakamkan single baharu.

“Sebenarnya lebih lapan tahun saya tidak hadir dengan lagu baharu dan apabila ditawarkan semula, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kembali kepada industri muzik tanah air.

“Banyak perkara yang saya korbankan dalam tempoh berkenaan tapi rindu saya untuk aktif semula tidak pernah sesekali padam.

“Selama ini saya hanya menyanyi untuk majlis pelanggan di Bizmilla Wedding Centre sahaja. Saya berkorban minat yang satu ini semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan bisnes,” katanya.

Mila mengakui, dia menuruti permintaan suaminya, Ahmad Ailis yang mahu dia berehat menyanyi sejurus dikurniakan cahaya mata, Arif Zikri tujuh tahun lalu.

Ads

“Bukan mudah sebenarnya mahu merakamkan Sandera ini memandangkan saya terpaksa memujuk suami untuk memberikan keizinan. Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan memberikan kebenaran bersyarat termasuklah tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan.

“Memang saya gembira sangat dan kembali merakamkan lagu dan berharap Sandera ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya mengembalikan nama Mila Jirin kepada industri,” tambahnya lagi.

“Bila Dengar Saja Tajuk, Berikan Seribu Satu Persepsi Pada Saya,” – Lagu Baru Mila Jirin Selepas 7 Tahun Jadi Runut Bunyi Drama Khun:sa

Ads

“Bila Dengar Saja Tajuk, Berikan Seribu Satu Persepsi Pada Saya,” – Lagu Baru Mila Jirin Selepas 7 Tahun Jadi Runut Bunyi Drama Khun:sa“Bila Dengar Saja Tajuk, Berikan Seribu Satu Persepsi Pada Saya,” – Lagu Baru Mila Jirin Selepas 7 Tahun Jadi Runut Bunyi Drama Khun:sa

Malah, lagu ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Khun:sa di Astro Ria.

“Pada asalnya saya hanya membuat rakaman semula lagu Dawai untuk media sosial sahaja. Tak sangka pula video berkenaan tular sehingga menarik minat Amylea.

Ads

“Dia hubungi saya dan memberikan tawaran sebuah naskhah baharu untuk Khun:sa. Bila mendengarkan sahaja tajuk itu, itu sudah memberikan seribu satu persepsi kepada saya.

“Apabila mendengarkan kisah di sebalik Sandera, saya tidak boleh menolak. Ini memang peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan dan yang saya tunggu selama ini, saya sangat gembira akhirnya berjumpa lagu yang sangat saya impikan dalam genre balada dan menonjolkan vocal saya,” katanya.

Juara Akademi Fantasia musim kelima ini juga ialah produser bagi lagu ini menerusi Bizmilla dan bersyukur dapat bekerjasama dengan Sony Music Malaysia.

Lebih istimewa, Mila turut merancang untuk melakukan persembahan A Night With Mila Jirin di dewan banquet Bizmilla bersama peminat.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI