Pengcara dan pelawak terkenal Indonesia, Rina Nose mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama gandingannya, Elly Mazlein untuk mengacarakan program realiti, Big Stage 2023.
Menurut Rina atau nama sebenarnya Nurina Permata Putri, keserasiannya bersama Elly terjadi secara bersahaja dan dia percaya magis yang terdapat di pentas Big Stage telah menyatukan mereka.
“Keserasian tersebut terjadi begitu sahaja. Tiada perbincangan diantara kami tentang apa yang ingin dilakukan. Kami hanya akan menyokong antara satu sama lain.
“Bila di atas pentas, ia seperti ada magis. Segalanya berlaku secara natural dan spontan. Ada beberapa hal yang kami rancang tapi bila program berlangsung, ia terjadi begitu sahaja.
“Malah, aksi Elly mendukung saya sewaktu gimik perkenalan itu pun berlaku secara spontan. Saya tak tahu dia akan berbuat sedemikian. Saya memang kena respon. Kalau tidak, segalanya tidak akan menjadi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Rina turut menyifatkan dia dan Elly mempunyai banyak persamaan lebih-lebih lagi berkaitan cara berfikir.
Ads
“Saya sangat senang kerana dipertemukan dengan individu yang sama-sama boleh berkelakuan spontan. Secara peribadi, saya dan Elly punyai banyak persamaan.
“Kami selalu berkongsi cerita dan ternyata cara pemikiran kami hampir sama. Mungkin sebab itu kami boleh serasi bersama,” ujarnya lagi.
Bintang berusia 39 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert minggu pertama Big Stage 2023 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Ads
Ditanya mengenai perasaannya mengendalikan konsert minggu pertama Big Stage 2023, Rina akui agak gementar dan menyifatkan ada ruang untuk penambahbaikkan.
“Bila pertama kali menjadi hos untuk program televisyen di Malaysa, sudah tentu perasaannya agak gementar dan bingung.
“Saya juga sedang menyesuaikan diri dengan bahasa. Jadi, perasaannya sedikit canggung. Bila Elly bercakap cepat, jadi, ada beberapa hal yang saya kurang faham.
Ads
“Ini merupakan pengalaman baru buat saya. Saya harus cuba mengembangkan bakat saya di luar negara. Saya biasa melihat artis Indonesia melebarkan sayap di Malaysia tapi bukan sebagai seorang hos.
“Hos merupakan seorang yang perlu bercakap banyak. Jadi, itu cabaran terbesar buat saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ezzaty Abdullah ada berkongsi berita mengejutkan apabila spa kecantikan miliknya hampir dirompak oleh penjenayah.
Pengalaman tersebut dikongsikan bintang berusia 29 tahun itu menerusi Instagram.
Bagaimanapun jelas bintang filem Kau Takdirku itu lagi, tiada sebarang kejadian serius yang berlaku terhadap spa kecantikan miliknya.
“Hopefully lepas ni tak akan ada percubaan atau rompakan di sekitar @harum.spa lagi. Ya Allah nak gugur jantung pagi tadi dengar staff call bgtau grill kena kopak.
“Terus kejut suami bangun tengok spa. Alhamdulillah nothing big happened.
“Cuma kena keluarkan duit untuk buat grill baru n of coz pasang alarm. So lepas ni kalau ade “cubaan” lagi, ALARM @harum.spa akan menjerit kuat2 sampai polis dtg. Pagi tadi pun x sampai 5mnt polis dah sampai,” kongsinya.
Malah, Ezzaty dan suami telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut demi keselamatan spa tersebut.
“Tq POLIS and tq jugak to all customers yang faham situasi kami. So now dah boleh proceed service macam biasa. Sorry for delay!
“Oh, gambar ke3 tu adalah gambar orang yang nak pasang grill. Bukan gambar perompak jahanam itu,” tulisnya.
Penyanyi dan komposer, Cat Farish tidak menolak rezeki untuk sekali lagi menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Membong, Julai tahun lalu.
Menurut Cat, dia masih menanti kehadiran permata hati pelengkap keluarga dan berharap pemergiannya ke Tanah Suci bersama isteri tahun depan akan menghadiahkan rezeki anak.
“Kami sentiasa mencuba kerana sudah lama mengimpikan untuk menambah cahaya mata. Saya tak pernah putus berdoa.
“Jika tiada melintang kami bakal mengerjakan ibadah umrah tahun depan dan kami nak berdoa di depan Kaabah supaya dikurniakan rezeki anak segera,” katanya.
Ditanya sama ada mereka merancang untuk menimang zuriat memandangkan kedua-duanya sibuk berniaga ketia ini Cat berkata dia percaya kepada rezeki Yang Maha Esa.
“Tak pernah merancang. Kalau ada, Alhamdulillah. Lagipun anak yang dilahirkan membawa kerahmatan dan rezeki,” katanya lagi.
Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan pada November 2020, namun mereka bercerai Januari tahun lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.
Bagaimanapun Cat dan Hartiny membawa haluan masing-masing pada April 2016.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 sebelum bercerai pada Jun 2016.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun berpisah dua tahun tahun selepas itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...