“Bila Dikecam, Salahkan Netizen…,” – Sengaja Cipta Publisiti Murahan Demi ‘Marketing’ Drama, Syafie Naswip Tak Suka

Share

Pelakon, Syafie Naswip mengakui berasa agak kurang senang dengan sikap segelintir penggiat seni yang dikatakan sengaja mencipta publisiti murahan di set pengambaran demi melariskan karya-karya terbaru.

Menurut Syafie, tambah menjengkelkan, segelintir pihak ini juga akan bertindak menyalahkan netizen sekiranya mereka mula menerima kecaman.

Katanya lagi, ia seolah-olah sudah menjadi trend bagi kebanyakkan penggiat seni ketika ini.

“Zaman sekarang nak lakukan drama kena up kan pergaduhan dekat set. Kena buat live nangis-nangis macam psycho.

“Lepas tu bila dikecam kata salah netizen dan jawapan takpa aku dapat pahala free,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Mukhsin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Syafie turut menambah, dia sebenarnya berasa agak ralat kerana kebanyakkan publisiti murahan ini diciptakan oleh pelakon-pelakon berbakat besar.

“Lebih menyakitkan orang yang buat ini adalah orang-orang yang truly talented. Kenapa eh? Tak boleh brain.

“Boleh je nak marketing dengan cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit. Cukuplah berlakon dekat set sahaja,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.

“Kudos to you. Sangat talented. Dan tak perlu cheap marketing.

“Tahniah Ayie. Pandangan yang jujur dan tepat pada waktunya.

“Akhirnya ada juga artis yang berani bersuara. Benda macam ni duduk tunggu je. Kami selaku netizen setuju dengan kata-kata ini.

“Ingatkan kitaorang yang sebagai peminat ni je sedar. Rupanya artis yang macam korang pun sedar.

“Setuju sangat. Perhati juga benda ni. Tak perlu pun buat populariti murahan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Syafie telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon sewaktu memang watak utama dalam filem Mukhsin arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sepanjang bergelar lelakon, Syafie telah dua kali dinobatkan sebagai pemenang anugerah pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 dan ke-25.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Syafie Naswip

Published by
Aizam Manaf