“Bila Dikurung Meroyan, Dilepaskan Lupa Diri,” – Memalukan! Foto Sampah Di Lokasi Riadah Tular, Jasmin Hamid ‘Sound’ Setempek

Share

Baru-baru ini, beberapa keping foto yang memaparkan kawasan perkelahan di sekitar air terjun di sebuah negeri dipenuhi dengan sampah-sarap tular sehingga menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Pelakon, Jasmin Hamid misalnya turut kesal seterusnya meluahkan rasa terhadap segelintir sikap pengguna yang tiada kesedaran sivik kerana tidak peka untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan baik.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu menyifatkan ia sebagai sikap yang sangat tidak bermoral dan tak wajar dilakukan, lebih-lebih apabila diberikan kelonggaran untuk beriadah.

“Allahuakhbar. Inilah sikap SEGELINTIR Rakyat MALAYSIA yang AMAT MEMALUKAN, PENGOTOR. Bila dikurung MEROYAN. Bila dilepaskan LUPA DIRI. Macam ni ke sikap PENCINTA ALAM?

“Pandai buat SEPAH tapi tak pandai KEMAS, PENGOTOR! Nampak tak apa SIGN kat batang pokok tu? Bila dah kenyang dan seronok picnic, manusia jadi BUTA MATA, BUTA HATI.

“Kalau tak tahu jaga kebersihan alam sekitar, lain kali PICNIC je kat dalam rumah masing-masing. Apalah salahnya bawa SAMPAH tu dan buang di tempah buang sampah yang betul.

“Kesian pada penduduk persekitaran yang terpaksa hidu bau sampah sarap yang di tinggalkan. Tak ada SIVIK langsung. SHAME, SHAME, SHAME…,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

Published by
Nazar Rafiqhi