Penyanyi, Ani Maiyuni tidak menafikan setiap pasangan suami isteri yang sudah berkahwin pasti akan menghadapi pelbagai ujian dan masalah rumah tangga.
Bagi Ani, perkara tersebut sudah menjadi lumrah dan asam garam hidup pasangan berkahwin yang pasti ada pasang surutnya.
“Macam saya sebagai seorang selebriti, sudah semestinya apabila masalah hal rumah tangga ini terjadi akan dapat dihidu oleh rakan-rakan media.
“Tapi pada saya, masalah dalam rumah tangga ni kan, kita kalau pergi ambil kursus kahwin pun ustaz tu akan cakap setiap lima tahun perkahwinan akan ada badai yang pertama sampai.
“Masuk sepuluh tahun, badai yang kedua pula sampai tapi kalau kita dapat melepasi setiap itu kita akan merasai kemanisan rumah tangga,” luahnya memberi pendapat.
Setelah hampir 20 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, Ani mengakui telah menempuhi pelbagai ujian dan cabaran, sebelum ini.
Meski begitu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sedap ini berkata dia tidak pernah memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian.
Ads
Di samping itu, penyanyi berusia 43 tahun ini menyarankan kepada semua pasangan suami isteri untuk tidak mencari kesempurnaan dalam perkahwinan sebaliknya menerima kelemahan dan kekurangan antara satu sama lain.
“Saya tidak pernah terdetik sekali pun dalam hati yang aku nak bercerai, sebab bila saya fikir kembali kesilapan itu bukan hanya di sebelah pihak tapi kedua-dua belah pihak.
“Saya pun ada kesilapan juga, sebab kadang-kadang kita rasa sudah cukup mengenali pasangan kita tapi yang sebenarnya tidak.
Ads
“Kalau kau bercinta sepuluh tahun sekali pun, belum tentu kau kenal dia. Bila kau dah duduk satu rumah baru kau tahu perangai sebenar dia.
“Bila kita dah duduk bersama dalam satu rumah, kita kena fikir kalau dia boleh terima kekurangan diri kita, tapi kenapa kita tidak boleh nak terima kekurangan suami juga.
“Tak akan semua benda kita mahukan sempurna, memang tak boleh kalau semua benda nak sempurna,” katanya lagi.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman telah berkahwin bersama Zairi Azmi yang merupakan bekas anggota Kumpulan Arrow pada 5 Jun 2004.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.
Ani telah berkongsi pengalamannya itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Ani menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datuk Hans Isaac ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir rakan artis, Zizan Razak yang ke-37 baru-baru ini.
Dikesempatan itu juga, Hans turut dilihat mengimbau semula detik-detik awalnya ketika bertemu dengan Zizan sewaktu dia menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama yang dibintanginya.
Jelas Hans, dia berasa amat berbangga melihat pencapaian yang telah diraih Zizan sepanjang bergelar anak seni.
“Happy Birthday to my bro @zizanrazak869. Masih ingat masa kat Terengganu dulu masa bro jadi extra untuk drama yang saya lakon.
“Saya bangga dengan success bro selama ni. You have come so far and happy for all your success. U deserve it bro,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Baik Punya Cilok itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hans juga dilihat sempat mengusik Zizan dengan bertanyakan mengenai soal jodoh.
Katanya lagi, dia berharap agar Zizan tidak mengikut jejak langkahnya yang sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga
“Hanya satu soalan aja saya ada pada bro ……BILA NAK KAHWIN? Jangan lambat macam saya ni bro. Boring duk rumah dgn GF aja ni.
“Eh eh eh ….. GF tu … GOOD FRIEND lah bro jangan ingat lain lain! Hahahhaa. Happy birthday brother,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah dua rakan selebriti ini selain turut menitipkan doa agar kedua-duanya segera dipertemukan jodoh.
Sumber: Instagram Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf yang dilakukan rakan artis, Zul Ariffin susulan isu tular baru-baru ini sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalah ertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.
“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.
“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.
Tambah Ruhainies lagi, adalah tidak adil jika hanya tuding kesilapan kepada satu pihak saja.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.
Ruhainies dan Zul sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 39, tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof yang dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.
Menurut Puteri Sarah, dia enggan mengeruhkan keadaan susulan hal yang diperkatakan ramai ketika ini.
“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.
“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.
“Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya.
Puteri Sarah turut menambah, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.
“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan Syamsul sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Ia adalah pernikahan kedua Syamsul selepas berpisah dengan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari tahun lalu, Syamsul mengakui sudah menikahi Ira di Thailand, sekaligus meleraikam teka-teki perhubungannya dengan wanita berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...