“Bila Hati Kau Dah Membusuk & Berulat, Babi Hutan Depan Kau Pun Kau Nampak Macam…,” – Rita Rudaini

Share

Perkongsian luahan yang dibuat aktres Rita Rudaini mencuri perhatian susulan ia seolah-olah sebagai peringatan dan pesanan kepada seseorang.

Menerusi hantaran di Insta Stories, Rita berpendapat keperibadian orang sekeliling sebagai penting demi mengelak kita daripada menjadi manusia yang busuk hati.

“Sebab tu aku pilih orang keliling atau pasangan kita tu penting. Kalau sekeliling atau sebelah kita tu hati busuk bangkai, tak kan tak melekat bau tu dekat kita.

“Bila hati kau dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun, kau nampak macam british short hair,” tulisnya.

Malah, bintang filem Mami Jarum itu turut memberi bayangan bahawa individu yang diperkatakan seperti tidak mempunyai rasa bersalah atas setiap perlakuannya sebelum ini.

“Bila kau dah bertahun-tahun buat taik pun kau rasa kau tak pernah salah. Maknanya kau ada masalah hati.

“Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah. Kalau kau boleh kongsi life kau kat mesia sosial, kenapa kau nak pertikai apa yang aku kongsi?

“Aku pun ada hidup aku dengan anak-anak aku yang aku rasa, suka hati aku nak kongsi atau tidak. Ke ada sesuatu yang tak selesai sampai kau terkesan?,” luahnya lagi.

“Hati-hari dengan doa orang yang teraniaya. Mark my words.

“Dengan orang lain, dengan kawan-kawan, dengan bos kau, kau bolehlah kencing sampai hancing. Kaulah terpaling betul. Tapi dengan Tuhan…,” kongsi Rita.

Pelakon tersebut bagaimanapun tidak memberikan perincian secara jelas mengenai kepada siapakah hantaran tersebut ditujukan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH