Berita

“Bila Ikut Tema, Kita Nak Biar ‘Go Wow’, Extravaganza,” – The Gadys Unik Dalam Busana Tema Cadar & Bantal, Ulas Soal Kecaman!

Share

“Bila ikut tema tu, kita nak biar ‘go wow’, extravaganza.”

Demikian kata salah seorang ahli kumpulan The Gadys, Aznie Azmi mengengai penampilan mereka yang mengenakan busana unik bertemakan bantal, cadar dan produk kelengkapan bilik tidur bersempena dengan pembukaan pembukaan rasmi kedai utama AKEMI di Sunway Pyramid, pada Jumaat. 

Menggayakan busana ‘couture’ ilham Masyadi Mansoor, kumpulan yang turut dianggotai oleh Ayunie Rizal dan Thamiera Chan hanya mengikut tema bersesuaian dengan acara selain memenuhi permintaan klien.

Malah mereka juga tidak boleh memuaskan hati semua pihak sekiranya persalinan yang digayakan di sesebuah majlis menerika kecaman atau kritikan melampau warganet selepas ini.

“Bagi kami ini juga suatu pengalaman yang baharu. Misalnya bila hadiri majlis dan kena kecam, kami tidak boleh nak buat apa-apa.

“Dengar dan ambil mana yang baik. Tambahan pula (penampilan unik) hanya di majlis dan sebolehnya kami akan ikut tema yang telah ditetapkan,” kata Ayunie.

The Gadys bagaimanapun teruja apabila diberi peluang untuk bersama-sama meraikan pembukaan jenama yang sinonim dengan kelengkapan bilik tidur di negara ini.

“Kerjasama ini adalah kolabirasi bersama Universal Music dan sebagai antara artis naungan mereka, kami sama-sama terlibat untuk memeriahkan acara dengan memperaga persalinan yang menggabungkan produk rumah Akemi.

“Kiranya ia menyatukan dunia hiasan rumah dan fesyen dengan cara yang unik dan inovatif yang sekali gus beri pandangan baru tentang bagaimana perabot rumah itu juga boleh memberi inspirasi kepada trend fesyen moden,” kata Aznie.

Selain The Gayds, turut sama membuat ‘catwalk’ ialah Ezra Kairo dan Julia Duclos serta barisan model profesional lainnya.

Acara pembukaan itu juga diserikan dengan persembahan daripada artis Universal Music Malaysia & Alternate Records, Shi En dan Dukes.

Dalam perkembangan lain, The Gadys baru sahaja melancarkan singke mereka berjudul Bulleyes ciptaan Romeo dan Shane Kennedy.

Sementara itu, kedai utama baharu Akemi di Sunway Pyramid seluas 10,000 kaki persegi itu menawarkan pengalaman membeli-belah yang imersif dengan pelbagai koleksi produk rumah berkualiti tinggi, termasuk peralatan katil mewah, perabot bergaya, dan hiasan rumah.

Ditubuhkan pada tahun 1992 di Malaysia, jenama berkenaan kini menjadi antara jenama terkemuka dalam bidang katil dan perabot rumah di Asia Tenggara. Dengan pembukaan cawangan ke-11 ini, Akemi tetap komited untuk mencipta ruang kediaman yang luar biasa untuk semua pelanggannya.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH