Sewaktu mula-mula menceburkan diri di dalam industri radio tanah air, pengacara dan penyampai, Anas Tahir memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan abangnya yang juga merupakan penyanyi popular, Faizal Tahir.
Namun, setelah hampir empat tahun mengemudi segmen pagi di stesen radio Zayyan FM, Anas memaklumkan dia sebenarnya tidak boleh menolak hakikat yang nama mereka akan sering kali dikaitkan dalam apa jua hal sekali pun.
“Sebenarnya kalau ada orang tegur, saya mengaku je. Kalau takda orang bertanya takkanlah saya tiba-tiba nak bagi tahu saya ni adik Faizal.
“Benih dah sama. Orang tengok rupa pun walau saya rasa tak sama tetapi mereka sendiri yang melihat. Dah nama pun satu acuan. Jadi, saya tak kisah pun sebenarnya. Okay sahaja,” katanya kepada MH.
Ads
Anas menambah, dia dengan Faizal tidak pernah mempunyai sebarang masalah dan mereka sebenarnya lebih selesa untuk menjalani kehidupan masing-masing
“Saya bukanlah tak nak dikaitkan dengan abang saya cuma bila orang ramai berjumpa saya, mereka ingatkan saya duduk satu rumah dengan Faizal. Mereka akan tanya saya macam-macam fasal dia.
“Bila saya kata tak tahu, mereka pula kata saya tak ambil kisah fasal abang saya tetapi itulah hakikatnya. Dia dengan kerja dia dan saya dengan kerja saya. Takkan setiap kali orang bertanya fasal Faizal, saya nak kena call tanya dia pula.
Ads
“Kami sebenarnya okay sahaja orang luar je yang fikir bukan-bukan. Saya cuma tidak mahu berbohong kalau orang tanya fasal Faizal.
“Nanti bila saya keluar kenyataan sendiri, abang saya pula yang marah kata saya memandai-mandai. Kami okay je tiada gaduh-gaduh pun,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Anas memaklumkan dia bersama rakan penyampai yang juga merupakan penyanyi, Mawi akan bergandingan untuk mengacarakan program, Salamunalaik yang akan bersiaran di Astro Oasis sepanjang bulan Syawal nanti.
Malah, Anas juga membintangi filem arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali Datin Alyah yang sebelum ini cukup sinonim dengan barisan lagu genre balada yang mengusik jiwa.
Terbaru, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan telah melancarkan sebuah lagu single terbaru berjudul Cintaiku.
Menurut Alyah, dia tidak merancang untuk mengeluarkan lagu baru, akan tetapi dirinya menyifatkan peluang tersebut ini merupakan satu rezeki buat dirinya.
“Sejujurnya, lagu ini tidak ada dalam perancangan saya untuk tahun ini. Kalau ikutkan saya memang nak muncul dengan single baru, tapi bukan awal tahun dan genre balada.
“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki apabila pihak Nova menghubungi pegawai perhubungan awam saya dan menawarkan lagu ini.
“Mereka juga maklumkan lagu ini bakal menjadi lagu tema drama,” jelasnya.
Difahamkan, lagu berjudul Cintaiku ini telah menjadi sebagai lagu tema untuk sebuah drama rantaian terbaru berjudul Camelia, yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Drama Camelia ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Datin Diana Danielle, Ain Edruce, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.
Foto: Nova Music
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter memuatnaik kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime ekoran majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara mengejut.
Ulas pelakon lelaki ini, perancangan Allah lebih halus dan teliti, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan.
“Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.”
Netizen turut bersimpati dan menyatakan adalah lebih baik perpisahan dilakukan sebelum mengikat tali pernikahan.
Suami kepada Noor Nabila ini kerap kali berkongsi kata-kata duka seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi bakat Cik B di ruang Instagram, anak sulung kepada Datuk Vida ini memperlihatkan kebolehan menyanyi rapping dengan lontaran vocal garau dan cukup bersahaja.
Namun lirik lagu yang berbaur negatif dilihat tidak sesuai dengan imej gadis berusia 14 tahun. Usahawan produk ini dikecam netizen gara-gara dikatakan tidak mendidik anaknya mengikut landasan agama.
Ruangan komen menerima reaksi pelbagai netizen yang rata-rata tidak menyokong personaliti yang cuba ditampilkan Cik B.
“Tak payah la cik B oii agungkan budaya luar…..skrg ni belajar ttp aurat,dah akil baligh kannn…nak jd tomboy ke apa ke,ikut suka lah…janji kita sbg Islam,tutup aurat”
“young business lady yg sweet takan nyanyi music mcm nii. Hmm You still young yet nak explore… Please explore positive image.”
Namun, ada juga yang menghargai bakat gadis ini, lebih-lebih lagi suara uniknya.
Foto : Instagram Datuk Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.