Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan rasa sayu apabila mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang terkesan ekoran insiden kebakaran yang berlaku berhampiran Pasar Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Adibah, Keramat merupakan salah sebuah tempat yang sangat dekat dengan hatinya lebih-lebih lagi apabila bergelar anak kepada guru yang pernah berkhidmat di sebuah sekolah berdekatan dengan kawasan kebakaran tersebut.

“Sekolah sebelah tu tempat arwah emak mengajar sejak kami pindah ke Keramat pada tahun 1978.

Dalam pada itu, pelakon filem Talentime ini turut sempat mengimbau kembali momen-momen sewaktu dia bersama arwah ibunya membesar di kawasan tersebut.

IKLAN

“Bila dia ke Pasar Keramat selalu dapat diskaun/ percuma daripada gerai ibubapa anak-anak muridnya,” katanya lagi.

Rasa hiba itu dikongsikan oleh Adibah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Adibah turut berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran bagi menempuh detik sukar ini.

“Moga yang terkesan daripada tragedi ini diberikan kesabaran dan kekuatan dan mendapat pampasan,” jelasnya.

Terdahulu, penduduk dan peniaga di sekitar Pasar Keramat telah digemparkan dengan satu insiden kebarakan yang telah memusnahkan lebih 40 gerai di kawasan tersebut pada 17 Mac lalu.

IKLAN

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Komander Operasi Kanan, Mohd. Suhaimi Mohd. Razali memaklumkan, bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang, menggerakkan lima jentera FRT, dua jentera ‘water tanker’ dan satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama 58 anggota ke lokasi.

Katanya, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju dan BBP Jalan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

Bagaimanapun, orang ramai dapat menarik nafas lega kerana tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Sumber: Twitter Adibah Noor